22 September 2014

Khas buat Abah

 Assalamualaikum

"biar"

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti


Sejak akhir-akhir ni aku asyik teringat abah. Bila dengar lagu bertajuk "Biar" by Fynn Jamal ni, airmataku meleleh. Sebak sangat. Ye lah aku kan dulu suka lawan cakap abah. Maafkan aku, abah.

20 September 2014

Hai, kembali lagi

Assalamualaikum

Hai semua pembaca blog aku. Lama aku x muncul malahan blog korang pun lama aku tak singgah. Dah lebih ssetahun kot aku menyepi hehehe.... Ye! aku tak punya masa yg banyak lagi atas sebab beberapa perkara yg menuntut aku supaya beri komitmen yg lebih pada perkara lain.

Ok, aku pun macam budak2 baru merangkak nak tulis blog semula. Dah macam x ada idea tp aku syg blog ni tau. Bukan tiada kisah menarik yg terjadi dalam kehidupan aku cuma aku penat. Penat sangat2. Mana nak uruskan rumahtangga, kerja, pendidikan anak, melayan si kecik dan akhir2 ni aku dah terlibat dgn dunia Tupperware pulak.

Cerita bab Tupperware ni kan, aku bukanlah peminat Tupperware sampai ketagih kumpul koleksi satu dapur tapi seronok dapat ramai kenalan melalui bisnes ni. Maksudnya, aku dapat ramai kenalan baru dan dapat jumpa kawan2 lama. Jejak kasih la konon2. Sejak join Tupperware ni, baru aku tau penangannya Tupperware pada sesetengah kaum wanita. Lain macam impaknya. Kalo x caya, join Tupperware dulu baru tau hehehe... (ayat promote Tuppeware plak dah! Sorry :))

Minggu ni aku terpaksa ambil cuti 2 hari gara-gara Anas, putera keduaku cirit-birit. Alhamdulillah dah sembuh. Fatih pula, tak boleh berenggang dgn smartphone aku. Mencabar nak didik anak aku yg sulung ni. Sejak tau download game, aku lg pening. Pantang aku lepa, handphone mesti kat tgn dia. Macammana nak buat? Sekarang Anas dah pandai berebut handphone dgn dia. Pasni rasanya kena stop dulu pakai smartphone kot.

“Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu bertanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya menjadi anak-anak yang taat. Kamu wajib melakukan sedemikian sehingga jika kamu berbuat baik kepadanya, kamu yakin kamu akan mendapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kepadanya, kamu akan mendapat seksaan…” (Imam As-Sajjad ibn Hussain ibn Ali ibn Abi Talib)
Kesian mak bapak zaman sekarang ni, hidup dalam keadaan mencabar. Terkejar-kejar sana sini demi masa depan anak2 tapi jangan lupa kewajipan kita terhadap keluarga. Tanggungjawab kita pada pencipta, mak bapak kita, pasangan, anak2 dan orang sekeliling. Lakukan dengan seikhlas hati, pasti akan dapat ganjarannya.

Setakat ni dulu aku boleh menceceh... Sekian. Ank aku dah bangun pulak.

24 June 2013

Medela Harmony Breast Pump Second Hand

Assalamualaikum

Hai semua
Nak let go barang seperti di bawah
Sebab dah upgrade ke Medela Swing
Guna x sampai 5 bulan pun
Masih dalam keadaan baik seperti gambar di bawah
Harga : RM 70 (botol tak termasuk ye)
Berminat, sila hubungi saya (0162781090-yus)

~ SOLD OUT ~





13 June 2013

Check Up Anas 4 bulan


Assalamualaikum

Pagi tadi gi check up Anas... 
Emmm dah 6.73kg. 
Patut la lenguh tangan mak ko ni Anas oiii... 
Dah tu suka sangat main air liur. 
Misi kata nak tumbuh gigi tu.
 Dalam hati aku cakap "Alamak, nak tumbuh gigi. 
Abis la aku kena geget hehehe. Takde gigi ni pun, aku dah terjerit sakit. 
Kalo dah ada gigi, lagi lah hehehe"

11 June 2013

Bawa bekal ke ofis

Assalamualaikum

Alhamdulillah 
Setakat ni susu masih mencukupi buat Anas
Semoga Anas membesar dengan sihat ye hehehe...
Selalunya aku lunch time aku lari jap susukan dia

Ini tandanya Anas kenyang lepas minum susu

Inilah bekal yg aku bawa setiap hari ke ofis untuk Anas

30 May 2013

EBM - Susu Ibu buat Anas

Assalamualaikum

Dulu aku ada janji nak post pic EBM
So, kat bawah ni adalah stok terkini 
Stok terkumpul selama lebih kurang 2 bulan setengah
Start kumpul EBM ni pada 8 Mac 2013
Sebahagian telah diguna untuk Anas
Pic kat bawah ni baru ditangkap malam tadi

Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk
Tapi
Untuk sumber inspirasi buat kengkawan di luar sana
Yang inginkan menyusu anak secara eksklusif

Aku juga pernah berazam untuk susukan Fatih selama 2 tahun
Tetapi disebabkan kurang ilmu
dan juga kurang kesungguhan
Sempat susukan Fatih 6 bulan saja
Kemudian rasa menyesal
Sebab aku tau susu ibu adalah susu terbaik di dunia
Tapi aku sumbat Fatih susu lembu

Jadi
Buat Anas
Ibu tekad untuk susukan Anas selama 2 tahun
Insya Allah
Semoga kesilapan yang lalu tidak berulang lagi
Meskipun
pada awal kelahiran Anas aku tidak dapat susukan Anas
sebab susu memang tak keluar
Itu tidak mematahkan semangat untuk terus beri Anas susu ibu

Masih ingat lagi 
ketika malam kelahiran Anas
Aku susukan Anas dari pukul 3 pagi hingga Subuh
semata-mata nak Anas merasa nikmat susu ibu
Aku menangis
Sebab susu tak keluar
Walaupun Anas pandai menghisap
Terpaksa top-up dgn susu formula

Sekarang
aku berpuas hati
dengan usaha yang aku buat
Sokongan dari En. Suami
dan dengan izin Allah SWT juga
maka ini adalah hasilnya

Anas nye
Penuh dah satu freezer, kena tranfer sebahagian di peti ais biasa lak



29 May 2013

Rezeki buat Anas


Baru je pam tadi. Alhamdulillah.... Buat ibu-ibu atau bakal-bakal ibu, jangan mudah mengalah sebab rezeki itu, Allah yang tentukan. Berdoalah agar diturunkan rezeki yang mencukupi untuk anak-anak.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...