14 December 2010

Hantu Kak Balik Rumah

Kak Limah

Jumaat lepas, aku dgn member aku pi Alamanda layan cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah".... Bagi aku cerita ni memang best dan lawak gilerrr... Aku suggest kat korang supaya pegilah membawa hati yang lara menonton cerita ni.... Mesti korang gelak sampai nak tertanggal gigi...

08 December 2010

Cokelat

Cokelat Daim merupakan cokelat no. 1 kegemaran aku... Sesape yg pergi ke Pulau Langkawi silalah beli cokelat-cokelat ini untuk aku kerana aku sgt menghargai pemberian kalian, huhu~~.



Coklat kegemaran aku yang kedua ialah Patchi :


Memang syok makan kedua-dua cokelat ini... seolah-olah dpt melupakan masalah yang ada. Aku suka cokelat dan aku sayang cokelat...

Yeay.... fatih dah tak pakai lampin lagi

Bulan lepas, aku bukan main risau lagi mengenangkan si anak bujang aku yg sorang tu. Mana tak risau, si fatih dah 2 tahun setengah tapi masih pakai diaper. Puas aku mengajarnya tapi dia tak mau, mungkin dia belum bersedia. Aku ada baca buku"Panduan Lengkap Ibu dan Anak" mengenai "Potty training". Buku tu menyatakan bahawa kalau kita nk ajar dia "potty training", kita tak boleh memaksa dia untuk memahaminya. Memang kena banyak sabar. Minggu lepas ruang tamu rumah, ada benda asing spesis taik kambing.... rupa-rupanya fatih yak! Aduiii.... Kenapa fatih tak cakap kat ibu...?? Masa ni rasa kesian pun ada tgk muka dia.....


Sabar, itulah kunci utk ajar anak dalam apa situasi pun. Walaupun kadang-kala pitching suara aku ni, satu blok aku boleh dengar, sebenarnya aku adalah makhluk tuhan yg penyabar... Mulut je bising tapi tak sampai hati. Semasa nak ajar fatih ni pun, aku banyak minta tolong pengasuh fatih (Ibu Ani). Nasib baik Ibu Ani tiada masalah dalam menjayakan program ini. Kalau tak, tak taulah aku macam mana.... Terima kasih Ibu Ani sbb ajar Fatih macam2.. Fatih dah boleh yak kat toilet dah... Ibu Fatih pun dah boleh senyum kat tepi pintu bilik air tunggu fatih yak!!!



16 November 2010

Selamat hari raya aidiladha

Esok 17 Nov. 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431, seluruh umat Islam di seluruh dunia meraikannya.... Mak dgn abah aku dah 3 kali pergi menunaikan fardu haji.... Seawal umur 40 tahun, mak aku pergi ke tanah suci utk mengerjakan haji dgn hasil titik peluh mereka berniaga.... Agak2nya, bila lah aku boleh ke Mekah? Hanya Allah yang tahu....

Selamat Hari Raya Aidiladha...... Semoga hajat kita menunaikan rukun islam yang ke-5 tercapai.... Amin.

15 November 2010

Fatih kebocoran......

Sebenarnya aku rasa bersalah sangat dgn fatih arini.... Pg tadi gi breakfast bawa dia sekali... ingatkan nk hantar dia ke rumah pengasuh terus tapi dia tersedar dr tidur plak, so dia nk ikut daddy hantar aku ke ofis. Dgn muka mamai, dia bersemangat nak naik keta utk hantar aku. Aku pun bawa gi breakfast sama.... Semasa nk beli sarapan tadi, fatih kebasahan.... adoiii kesian dia. Aku dah tukar lampin dia tapi bocor gak.... Mesti dia tak selesa... Maafkan ibu, fatih... Lepas ni, ibu akan lebih bersedia lagi menghadapi hari2 kebocoran. Cukup tahun ni, ibu nk buang kisah lampin yg membasahi fatih..... Semoga fatih berjaya tinggalkan lampin cukup tahun ni. Caiyok fatih.....


28 August 2010

Jom beli barang raya @ Putrajaya


Assalamualaikum... hehehe.... dah lama aku tak jengok blog ni. Aku sebenarnya busy dgn kerja yg pelbagai di opis... kalo ade masa pun aku akan layan FB jek... Boring kannn...

Kali ni aku nk cerita ttg Jom Beli barang Raya @ Putrajaya.. Lokasinya berdekatan dgn opis aku dan jugak rumah aku... Kalo jalan kaki pun sampai. Acara tersebut adalah seperti berikut:-

Tarikh : 25 Ogos hingga 29 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)

Pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Nike, Adidas, New Balance, Decellini, Arnold Palmer, Van Heusen, Polo Club, Snails, Jeep, Bebe Homes, Colours, Polka Dots, Disney Pooh, Baby Looney Tunes, Panasonic, Bill Keith, Camel, Larrie, Crocodile, Nokia, Samsung, Nikon,Sony dan banyak lagi.

Bagi aku barang2 yg dijual oklah... murah lagi dr beli kat luar. Rasanya barang2 di situ, dijual terus dari kilang... Aku hanya beli sikit barang je memandangkan raya nanti byk duit yg diperlukan. So, berjimat-cermat ye Puan Yusrina... Ni adalah antara barang yg berbaloi utk aku beli terutamanya susu anak aku...


Susu Dutch Lady 1.1 kg + Yes! + Bag = RM20

Yogurt Drink Shine Dutch Lady + yogurt + Yes! = RM 10

Kesemua produk Dutch Lady yg aku beli adalah RM 150 jek...

Kasut Bill Keith RM 119.00 tp dpt diskaun 50%, so harganya RM 59.50....

Aku sgt berpuas hati dgn booth Dutch Lady sebab harga susu utk anak aku mmg murah giler... Besok aku nk gi sana lagi, nk beli susu Fatih banyak2.... Sekian.


09 July 2010

Al-kisah si Boss...

Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar di KL.

Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa seketerinya pun masuk la...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...

Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya... biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar... 10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan... masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...

Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah...terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka la...
Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.
Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...
Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la..

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek... baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri dia tu...dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada Mini Cooper; dengan dua tayar depannya
pancit
woakakaakakakaakakakkak.....

Moral: Jangan berlagak... dan pastikan sentiasa berunderware.....

08 July 2010

Babies

Fikirkan apa tu, sayang?

Ermmahhhh....

Waaaaaa....

Cembengnya muka...

Eiiii... Sape ni? Terkejut saya...

Lalalalala.... senangnya dalam hati...

Malas mau layan la...

Apa pandang-pandang? Ada hutang ke?

Comelnya...

Baiknya muka...

Arghhhh....

Skodeng ke?

Merahnya...

Huhh..

Garangnya muka..

Uwekkkk....

Huarghhh... Ngantuknya...

Tembam tak aku?

Ni paling tak boleh blahhhh.....

Bila aku tengok baby ni, teringin nak tambah anak lagi. Mudah-mudahan ada rezeki utk tambah cahayamata. Aku suka baby... Korang suka baby tak. Bau baby wangi. Tangisannya bagai irama minta disusukan, belaian dan diberi perhatian. Baby cute kan tapi kenapa kat luar sana ramai yang sanggup buang baby. Kucing pun sayang anak tau... Tak taulah nk kategori kan apa orang yg buang anak ni.. Nk kata binatang, binatang sayang anak. Nk kata setan, setan pun jaga keturunannya.

01 July 2010

Menu Lemak Sedunia

Malam semalam, aku masak lagi makanan kegemaran hubby aku iaitu Baked Mashed Potatoes... Aduhh lapar rasanya nk makan lagi. Memang senang masak makanan ni. Apepun ni adalah gambar yg sempat diambil...



Selepas dimasak


Dalamnya, ade daging kisar, potatoes and cheese... Yummy....

16 June 2010

Jangan Lupa Mana Bumi Dipijak

Hari ni aku tertanya pd diri sendiri, kalo aku tak kerja di tempat kerja aku sekarang ni, di mana aku tinggal sekarang agaknya? Kerja swasta ke aku? Jadi suri rumah yg cekap ke aku ni? Kalo jadi suri rumah mesti hubby aku org paling bahagia memandangkan itulah hajatnya yg selalu terpacul dari bibirnya... Aku bukan jenis yg suka duduk diam kat rumah... Mak ayah aku pun tahu dari kecik sampai le kawin ni, mesti aku kuar meskipun hanya utk setengah jam sehari. Tak tahu kenapa? Mase mengandung dulu pun, asyik jalan je. sampai bengkak kaki.

Masa sekolah dulu bercita2 nk jadi cikgu tapi skrg dah jadi chegi.. Tula... belajar main2 lagi. Nasib baik result SPM tak kantoi, kalo tak, mak kawinkan ko kat sesape yg masuk pinang kau... terngiang2 kata2 mak kat telinga aku ni... Naik seram aku dengar pekataan kawin tu. Tak sangka, 10 tahun selepas tu aku dah kahwin dgn seorang lelaki yg aku sendiri pun tak sangka... Dulu terfikir gak sape lah suami aku? Macam mana la rupa anak aku? Ade ke tak anak aku? Soalan mengenai ANAK paling aku takut sbb aku seriau... hahahaha... Ngeri bila tgk darah banyak…

Banyak kesilapan yg aku lakukan dalam hidup… Nasib baik aku cepat sedar atas kesalahan2 yg aku buat dan pengalaman2 yg aku lalui mungkin tk semua org rasa dan fahami… Lantas pengalaman yg aku kutip menjadikan aku lebih matang dan lebih berhati2 dlm menjalani kehidupan. Kadang2 orang yg jadi pernah menjadi musuh kita satu masa dulu, kini lebih baik dari seorang yg paling rapat dalam hidup kita… Kadang2 aku tak sangka, orang yg nampak baik tapi sebenarnya mempunyai sebusuk2 hati… HIPOKRIT. Nampak baik, tulus ikhlas dan mengambil berat tapi itu semua lakonan semata-mata utk kepentingan diri sendiri. Ohhh… emosinya aku bila aku dah melalut bercerita tentang ragam manusia.

Penat bila memikirkan diri selalu ditindas oleh manusia hipokrit. Hampir aku menangis semahu-mahunya bila mengenangkan ada orang mahu lihat aku jatuh, gagal, sedih dan berputus asa. Tapi aku bukan selemah yg mereka sangka. Jgn harap aku akan tunduk dgn tuduhan yg mereka cipta bg membuat org memandang rendah terhadap aku. Ya, sesungguhnya lidah lebih tajam dari pedang… Dengan kata2, seseorang boleh membunuh diri. Aku selalu ingatkan diri supaya memaafkan org yg sengaja atau yg tidak sengaja menyakitkan hati aku tapi sampai bila?

Bagi aku hidup ni ibarat roda… Siang malam silih berganti, suka duka permainan dunia. Kita cuma memegang watak yg diberikan. Mungkin hari ini kita di atas, mungkin esok lusa kita dibawah.. Aku percaya Allah itu maha adil. Aku sudah melalui pelbagai dugaan. Selalunya masalah berpunca dari diri sendiri. Walaupun usia aku boleh dikatakan masih muda tapi fikiran aku lebih terbuka dari sesetengah org yg telah lama menikmati hidup di dunia.

Kadang2 aku bosan bila berhadapan dgn manusia hipokrit yang boleh dikatakan hampir setiap hari. Ada yg tunjuk pandai tapi terserlah kebodohannya bila terlampau tunjuk pandai. Ada yg bodek sana sini agar diberi kelebihan dan perhatian. Ada yg bodoh buat kerja yg bukan sepatutnya. Ada yg bercerita sana-sini seolah-olah hidup dia je yang sempurna, seolah-olah dia memiliki segalanya. Sampai cerita dalam kain pun nak cerita dengan orang. Lawak..Lawak… Badut sarkas pun tak selawak ni. Nk tergelak aku dengar cerita yg kadang2 aku rasa tu sekadar rekaan semata-mata demi menutup kelemahan diri sendiri. Tolonglah, jujur dengan diri sendiri. Aku boleh terima segala pembohongan kau tapi diri kau boleh ke terima?

14 June 2010

Fatih, ibu geram....


Fatih, anak kesayangan ibu... ibu kekadang tak paham kenapa nk makan sepah2. Kenapa nk bg meja tu makan jugak? Kenapa bg dinding tu makan? Dinding dgn meja tu tak makan nasi, sayang... Semalam fatih nk makan sendiri, ibu bg fatih makan sendiri tapi kenapa fatih buat hujan nasi? Nasi utk kita makan bukan main2 tau... Macam mana lagi ibu nk buat lagi?

Karipap pertamaku

Hehehe..... inilah karipap hasil dari ketekunan aku. Dapat 30 keping karipap berinti daging yg enak, rangup, gebu dan debab... Ermm, sedap, aku bawa gi rumah adik iparku sambil2 tgk bola sepak. Habis licin. Nanti kalo buat lagi, nk bg kat jiran2 aku lak... Aku teringin gak bg akak kat tingkat 5 tu... kesian tak pernah aku menjamu makan kat rumah aku...

10 June 2010

Ya Allah, selamatkan Palestin!!!

Ya Allah, kau selamatkanlah bumi Palestin... Tak tertanggung perasaan ini bila melihat kanak2 hilang tempat bergantung, orang ramai mati ibarat nyawa tiada harga, wanita diperlakukan seperti binatang... Peluru ibarat hujan... Berlinang air mata aku kerana aku tidak mampu menolong... Pernah tak korang terfikir kalo kita di tempat mereka...

Ya... sebenarnya perasaan aku terganggu apabila melihat umat islam ditindas, diseksa, dibunuh, dirogol dan macam2 lagi. Hak mereka diketepikan. Mana perginya perikemanusiaan. Hancur hatiku bila menyaksikan kanak2 di sana meraung di tepi mayat ibubapa mereka. Diorang hilang tempat tinggal dan hidup kebuluran. Aku berdoa satu hari nanti, keadaan ini akan reda...

Kepada korang semua yg sedang membaca... aku harap korang bersyukurlah dgn apa yg Allah kurniakan utk kita. Fikirlah, betapa bertuahnya kita hidup di bumi tuhan... betapa sayangnya tuhan kepada kita. Setiap hari, tuhan beri kita bernafas dgn udaraNya, menyentuh dgn tanganNya, berjalan dgn kakiNya, bercakap dgn mulutNya, melihat dgn mataNya, mendengar dgn telingaNya.

Dibawah aku tulis lirik lagu yg khas utk warga Palestin yg tak dapat aku bantu dgn kudratku ini :(

Penyanyi: Raihan
Tajuk Lirik Lagu: Untukmu Palestin

Berzikirlah dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubat padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita dimakbulkan

Agar Palestin kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan Sunnah

Palestin kan dimiliki lagi
Ingatkan Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan nama dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang

Pembelaan Allah akan datang

Palestin...

Palestin...

Palestin...

LA ILA HA ILLALLAH


30 May 2010

Sepetang ke Zoo Negara

Petang Jumaat lepas, hubby bawa aku dgn Fatih ke Zoo Negara yg telah sekian lama aku tidak lawati. Rasanya aku tak ke sana lebih 15 tahun. Best jugak tgk binatang2 kat sana... Fatih pun teruja tgk animal... Selalu tgk kat tv je. Kesian...

Penat jalan kat sana.. Jauh sgt berjalan... Sampai kat rumah kami tiga beranak tertido... Yg aku geram sgt tu, fatih asyik nk tolak stroller je smp tak tertarik pd animal kat sana. Tiket masuk pun dah mahal.. Dewasa with MyKad RM25.. Kanak2 RM 9. Nasib baik fatih tak kena bayar tiket masuk sbb fatih under 3 years... Kami bayar RM 40 utk 2 org sbb tak amik full packages. Full packages termasuk taman rama2 dan zoo serangga..

Kami sampai sana pkl 3.30 ptg. Pusing satu zoo, pastu penat, kami naik tramp. Masa naik tramp tu, ade couple makhluk asing (maybe org korea) potong queue. Geram aku... Kitorg yg dulu sampai, diorg yg macam tak sabar nk naik... Makhluk asing yg tak beradap.. lain kali dtg ke negara org, jgn smp susahkan org lain. Nasib baik ko potong queue aku, kalo org lain, maybe ko dah kena lempang...

Kat bawah ni, antara gambar2 yg sempat kami amik...

27 May 2010

Happy Birthday Muhammad Fatih Mirza b. Shamshulkamar

Hari ni kau datang riang... tersenyum buat ku senang, kau hias dirimu membuat ibu semakin sayang... Ohhh... rupa-rupanya hari ini birthday Fatih, anak kesayangan ibu. Dah 2 tahun usia Fatih dan selama itulah... hidup ibu bahagia dgn keletahmu. Dgn kehadiran Fatih dalam hidup ibu, mengajar ibu erti kesabaran dan ketabahan. Kehadiran Fatih juga membuatkan ibu bertambah2 lagi menghargai emak ibu sendiri. Ibu doakan agar fatih sentiasa menjadi anak yang baik, bertaqwa kpd Allah SWT dan bijak pandai...

Meh sini ibu nyanyi buat Fatih...

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Fatih Mirza
Happy Birthday to you

I Love U, Fatih... Kasih sayang ibu sentiasa mencurah2 buatmu. Ibu akan sentiasa disismu untuk melindungimu, membelai dan membahagiakanmu.

26 May 2010

Klinik Kesihatan Putrajaya

Hari Isnin, aku pegi klinik kesihatan Putrajaya utk buat chest x-ray... Alhamdulillah doktor sahkan aku tiada ada jangkitan virus.... Aku dah hampir sebulan batuk, risau aku dibuatnya... Maklumlah skrg ni macam2 virus ada. Dah tu kejap demam kejap baik... Nk kemas rumah pun tak larat..

Kat klinik, pegi register dah 50 org menunggu. Punyala ramai org sakit.. aku kesian kat org2 tua dan baby. Tak sihat tapi kena tunggu lama... Yela, macammana tak tunggu lama dalam putrajaya ni ade 1 je klinik kesihatan kerajaan... Aku bila bab nk ke klinik ni, memang malas. Selalu kalo anak demam, aku sanggup gi klinik swasta je... tak sanggup nk tunggu lama2.

Cerita pasal klinik kerajaan ni... bukannya tak bagus servisnya cuma terpaksa menunggu lama... klinik tu pun memang banyak berjasa kat aku... Masa aku pregnant, setiap bulan aku berkunjung ke sana utk rawatan. Sistem klinik canggih dan praktikal, cuma kena tambah bilangan klinik lagi. Almaklumlah, skrg ni penyakit pun moden... Aku pun harap lepas ni ade klinik khas utk ibu mengandung dan baby supaya pembawa virus yg bukan2 ni dapat dielakkan...


18 May 2010

Punch Card

Aku pelik la bila ada orang suruh orang lain punch card utk dia.... Punch card la sendiri... Aku pun dtg lambat gak tapi tak lah sampai nyusahkan org lain... Kalo ade kecemasan ke, takpe la gak kan tapi ini hari2 suruh org lain punch.... banyak cantek muko ko.... Suruh aku, aku wat derk je... Sebenarnya walau kawan kita tolong punch card, dia akan lakukan dgn rasa susah hati dan malu utk melakukannya.... Macam bodoh je member tu kite buat.. Yelah... kena suruh punch card tanpa perasaan MALU. Dah tu ade yg suruh punch pagi tapi masuk keja tghari... sedapnya hidup macam tu... Tak adil la utk kengkawan yg slalu dtg awal kan. Ade yg balik awal tapi suruh org lain punch balik nanti. Kesian la kat member babe... Kawan2 opis yg lain pun tau member tu jugak yg slalu tolong... Bukan aku nk mengata sesapa tapi kita sesama manusia ni kena la berlaku adil dan memahami keadaan masing2. Jgn la ikut sedap ko je. Aku faham perasaan dia... Sabar jo la... nk buek camno...Sapo suruh ko selalu ikut kohondak dio... Padan muko...

kenyataan ini takde kena-mengena dgn hidup korang yg selalu buat benda2 macam tu... aku just suruh korang fikir sebelum nk lakukan apa2.... tu je...

Belajar masak cheese tart


Tadaaa... ibu fatih masak cheese tart. Mengenangkan hubby suke makan cheese tart, tangan ni terus merajinkan diri utk men'terror'kan diri menunjukkan bakat terpendam... Walaupun tak lah lawa macam kat kedai tapi aku tetap berpuas hati dgn hasilnya. Sedap tau... Kat bawah ni aku sertakan resepinya... Korang cubalah buat... sonang jo...

Kawan2 terutamanya Ayu and Kak Connie, sorry la coz aku tak dapat bawak gi opis sbb aku dah terbagi kat pengasuh fatih... lain kali aku buat lagi ye...

Resepi Cheese Tart

Resepi untuk pastri manis

Bahan-bahan:

125gm mentega
63gm gula icing
250gm tepung gandum
1 kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air


Cara membuatnya:

  1. ayak tepung dan campurkan gula ke dalam mangkuk campuran.
  2. campurkan mentega ke dalam tepung dan uli hingga membentuk crumbs kasar.
  3. tambahkan kuning telur, esen vanila dan air.
  4. bentukkan dalam acuan dan bolehlah dibakar sehingga masak.
  5. sejukkan sebelum digunakan.
Resepi untuk inti cheese:

Bahan-bahan:

250 gm krim keju (cream cheese) - aku pakai philadelphia cheese
20gm mentega
60gm gula halus
1 biji telur

Cara membuatnya:

  1. pukul krim keju, mentega dan gula sehingga kembang, tambah telur dan pukul sehingga sebati.
  2. tuang adunan ke dalam kulit tat pastri yang sudah masak
  3. letakkan sedikit jem blueberry atas cheese tu dan bolehlah dicorak-corakkan ikut suka. - aku pakai jem strawberry coz jem blueberry lupa nk beli...
  4. bakar pada suhu 180 darjah C selama 10 minit.



30 April 2010

Dugaan makan Domino's Pizza

Apalah nasib aku malam tadi... Aku tunggu hubby balik kat rumah pengasuh Fatih sampai pukul 8.30 mlm... Ni sume gara2 aku terlupa bawa kunci... Haa... Padan muka aku.. Dgn perut lapar dan penat, aku pun terus pegi ke Presint 8 utk bawa balik Domino's Pizza.. Sesampainya di sana, aku terus tgk menu... Pastu tetiba aku disapa mcm ni...

Cashier: "Cik... boleh tak cik ni bagi no. telefon dulu?"

Aku ditanya dengan nada sinis. Korang rasa ayat di atas ni sesuai tak ditanya pd customer ...
Kenapa tak tanya macam ni...

Cashier: "Selamat datang cik... Ape ye no. telefon cik?" or "boleh cik bagi no. tel?"

And then, aku pun order la PIZZA TUNA TEMPTETION. Ok.. sampai je aku kat rumah.. Mandi dulu.. Lepas tu baru nk makan... Aku suap je,,, Aku terus ckp kat hubby...

Aku: "Awak ada rasa tuna tak dlm pizza ni?

Hubby: "takde pun"


Aku rasa nk pulangkan je pizza tersebut... Buat pertama kalinya aku anak beranak makan pizza kosong... Topping keju dgn puri tomato je... Ikutkan hati aku nk je pulangkan balik pizza tu tapi hubby aku kate... dah rezeki kita, makan jela... Sampai pagi ni pun marah aku tak hilang.. RM 34.90 aku bayar tau... Lain kali, korang kalo nk beli pizza.. check dulu ye...

29 April 2010

Masak utk keluarga

Ya... sememangnya aku tak pandai masak. masak selalu ade je yg kurang. Tapi aku rasa bahagia bila kuarga aku makan masakan aku. Walaupun tak seberapa namun terpancar jelas di wajah mereka berpuas hati dgn air tanganku. Hubby aku pun tak pernah mengutuk masakan aku.. Kdg2 masakan aku tak jadi tapi dia tak pernah mengata masakan aku tak sedap... mungkin dia tanak aku kecil hati agaknya... Skrg memang selalu masak kat rumah, dah jemu makan kat luar. Lagipun anak aku boleh menikmati makanan dia sendiri tanpa gangguan sesiapa... Makan kat luar pun belum tentu bersih dan sedap... Kdg2 mahal plak tu... Sejak jadi ibu ni, aku semakin cerewet ttg makanan anak aku... Apepun aku nk upload kat sini masakan yg telah masak... Nk eksyen ni, maklumlah org baru nk belajar masak... Pada muko sendiri mau ingatla bila dah kawin baru terhegeh2 nk turun ke dapur...

So, kawan2 ingat la kata2 ni.. Masak la sebelum anda dimasakkan...

Puding karamel yg separuh jadi... hubby aku cakap lain kali kita try lg ye yang... Masuk ni dah 3 kali aku buat tapi belum menjadi..

Kangkung goreng belacan adalah permintaan dari hubby..

Ni plak masakan favourite hubby.. Ikan jenahak masak asam pedas... Terima kasih kat abg ruzaman atas ikan jenahak tu... Telor dadar memang wajib utk anak aku yg tak mau makan selain dari nasi dan telor...

Sekian, Wasalam.

Secretaries' Week with Agnes Monica

Semalam gi MATRADE tgk show Agnes Monica... Pd pendapat aku semalam show dia kurang memuaskan hati coz sound system bingit sgt. Suara dia pun tenggelam timbul walaupun persembahan dia mantap. Vokal dia memang superb.. macam mana korang dengar dalam radio, macam tu lah suara dia bila dia nyanyi live. Kesian Agnes Monica... Nasib baik Dee pandai mengendalikan program tersebut... Agnes mungkin kena belajar lagi utk berinteraksi dgn penonton. Apepun ni adalah gambar2 yg sempat diambil...

Barang2 dalam goody bag

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...