23 April 2010

Saat2 aku bergelar ibu...

Pada 26 Mei 2008, seperti biasa aku mengira tendangan baby dalam perutku tapi aku rasa hari tu anak aku kurang bergerak... Mungkin sebab aku penat kerja di opis kot... Aku tunggu sampai pkl 3 ptg, tendangan yg aku rasa cuma 3 kali saje... Aku mula tak sedap hati... So aku pergi ke Klinik Wanita An-nur utk pemeriksaan. Aku telah dimasukkan ke Hospital menjalani uijan cardiotocography (CTG) bg merekod heartbeat anak aku. Setelah melihat rekod CTG tersebut... doktor mencadangkan supaya aku dimasukkan ke hospital pukul 8.00 pagi esok harinya... Heartbeat anak aku sedikit lemah. Berdebar2 jantung aku bila dengar doktor cakap dah tiba masanya melahirkan esok... Rahimku baru terbuka 1cm... tapi aku tak rasa sakitpun... Cuma bleeding sikit.. Dengan senang hati malam tu jugak aku gi jalan2 kat KLCC, makan2... siap order ikan siakap masak tiga rasa dan tomyam lagi... Aku ckp kat hubby, pasni dah kena pantang dah tak leh makan sedap2 dan jalan2. Pukul 11.oo malam, aku cuba nak pejamkan mata tapi tak boleh lelap... Ish... kenapa ni? Mungkin aku rasa teruja nak lahirkan baby kot...

Tanggal 27 Mei 2008, pukul 1.00 pagi aku rasa perutku makin senak... makin tak selesa.. Mata semakin ngantuk... kontraksi semakin kerap... Dari sejam sekali... pastu setengah jam sekali.. Sudahnya, aku tak dapat tidur pun malam tu walaupun mata aku ngantuk sangat... hubby pula, aku suruh tidur dulu sebab nanti takut dia letih menunggu aku bersalin...

Pukul 7.oo pagi aku dan hubby dah terpacak kat depan hospital, masa kontraksi tu terasa, aku jadi tak tentu hala... tak boleh fikir dah masa tu... hanya tuhan yg tahu betapa sakitnya masa tu.. masa tu aku hanya fikir... keluar lah cepat baby ni... Aduh... Pukul 8 pagi seorang nurse dtg check rahim... baru 2 cm terbuka... Hampanya aku rasakan sebab aku ingat dah buka 5cm... Tangan hubby aku pegang sekuatnya.. sampai lebam la tangan dia , hehehe... dia di sebelah tak sudah2 mendoakan aku agar semuanya berjalan dengan lancar... Kerana aku tak mampu menahan sakit lagi, nurse yang bernama Wak Gayah telah menyarankan aku supaya mengambil epidural.. pada mulanya aku enggan tapi setelah diberi penerangan dan nasihat oleh hubby... aku beralah jua.. Aku bukan apa, aku takut kena cucuk kat tulang belakang aku... Sudahnya aku kena cucuk 2 kali sebab yg pertama tu kaki aku terasa berat sebelah....

Lebih kurang pukul 12.30 tghari ibu, abah dan akak ku datang ke hospital utk memberi semangat kpdku... Manja sungguh aku ni kan... Adik ipar aku juga turut serta utk melihat keadaan aku... Sampaikan nurse tu cakap kat aku... sedara-mara awak dah berkampung kat hospital ni...

Bermula detik 3.38 ptg, aku mendapat gelaran ibu setelah 14 jam menahan kesakitan di Hospital Pakar An-Nur di Bandar Baru Bangi, Selangor. Bayi lelaki yang sangat comel dan cukup sempurna yang diberi nama Muhammad Fatih Mirza bin Shamshulkamar. Tak tau nak gambarkan perasaan tu macam mana. Alhamdulillah proses kelahiran anak aku dipermudahkan.... Syukur kepada Allah kerana mengurniakan cahayamata yg tak ternilai ini... Terima kasih kepada Dr. Khamsiah bt Muda dan Wak Gayah kerana memberi kerjasama yg memuaskan hati saya... Tak banyak gambar yg boleh aku upload, tak tau pasal ape... geram aku...

Panjang : 54 cm
Berat : 3.65 kg
Ukur lilit kepala : 36 cm
Blood : Group B



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...