18 May 2010

Belajar masak cheese tart


Tadaaa... ibu fatih masak cheese tart. Mengenangkan hubby suke makan cheese tart, tangan ni terus merajinkan diri utk men'terror'kan diri menunjukkan bakat terpendam... Walaupun tak lah lawa macam kat kedai tapi aku tetap berpuas hati dgn hasilnya. Sedap tau... Kat bawah ni aku sertakan resepinya... Korang cubalah buat... sonang jo...

Kawan2 terutamanya Ayu and Kak Connie, sorry la coz aku tak dapat bawak gi opis sbb aku dah terbagi kat pengasuh fatih... lain kali aku buat lagi ye...

Resepi Cheese Tart

Resepi untuk pastri manis

Bahan-bahan:

125gm mentega
63gm gula icing
250gm tepung gandum
1 kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air


Cara membuatnya:

  1. ayak tepung dan campurkan gula ke dalam mangkuk campuran.
  2. campurkan mentega ke dalam tepung dan uli hingga membentuk crumbs kasar.
  3. tambahkan kuning telur, esen vanila dan air.
  4. bentukkan dalam acuan dan bolehlah dibakar sehingga masak.
  5. sejukkan sebelum digunakan.
Resepi untuk inti cheese:

Bahan-bahan:

250 gm krim keju (cream cheese) - aku pakai philadelphia cheese
20gm mentega
60gm gula halus
1 biji telur

Cara membuatnya:

  1. pukul krim keju, mentega dan gula sehingga kembang, tambah telur dan pukul sehingga sebati.
  2. tuang adunan ke dalam kulit tat pastri yang sudah masak
  3. letakkan sedikit jem blueberry atas cheese tu dan bolehlah dicorak-corakkan ikut suka. - aku pakai jem strawberry coz jem blueberry lupa nk beli...
  4. bakar pada suhu 180 darjah C selama 10 minit.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...