26 May 2010

Klinik Kesihatan Putrajaya

Hari Isnin, aku pegi klinik kesihatan Putrajaya utk buat chest x-ray... Alhamdulillah doktor sahkan aku tiada ada jangkitan virus.... Aku dah hampir sebulan batuk, risau aku dibuatnya... Maklumlah skrg ni macam2 virus ada. Dah tu kejap demam kejap baik... Nk kemas rumah pun tak larat..

Kat klinik, pegi register dah 50 org menunggu. Punyala ramai org sakit.. aku kesian kat org2 tua dan baby. Tak sihat tapi kena tunggu lama... Yela, macammana tak tunggu lama dalam putrajaya ni ade 1 je klinik kesihatan kerajaan... Aku bila bab nk ke klinik ni, memang malas. Selalu kalo anak demam, aku sanggup gi klinik swasta je... tak sanggup nk tunggu lama2.

Cerita pasal klinik kerajaan ni... bukannya tak bagus servisnya cuma terpaksa menunggu lama... klinik tu pun memang banyak berjasa kat aku... Masa aku pregnant, setiap bulan aku berkunjung ke sana utk rawatan. Sistem klinik canggih dan praktikal, cuma kena tambah bilangan klinik lagi. Almaklumlah, skrg ni penyakit pun moden... Aku pun harap lepas ni ade klinik khas utk ibu mengandung dan baby supaya pembawa virus yg bukan2 ni dapat dielakkan...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...