16 June 2010

Jangan Lupa Mana Bumi Dipijak

Hari ni aku tertanya pd diri sendiri, kalo aku tak kerja di tempat kerja aku sekarang ni, di mana aku tinggal sekarang agaknya? Kerja swasta ke aku? Jadi suri rumah yg cekap ke aku ni? Kalo jadi suri rumah mesti hubby aku org paling bahagia memandangkan itulah hajatnya yg selalu terpacul dari bibirnya... Aku bukan jenis yg suka duduk diam kat rumah... Mak ayah aku pun tahu dari kecik sampai le kawin ni, mesti aku kuar meskipun hanya utk setengah jam sehari. Tak tahu kenapa? Mase mengandung dulu pun, asyik jalan je. sampai bengkak kaki.

Masa sekolah dulu bercita2 nk jadi cikgu tapi skrg dah jadi chegi.. Tula... belajar main2 lagi. Nasib baik result SPM tak kantoi, kalo tak, mak kawinkan ko kat sesape yg masuk pinang kau... terngiang2 kata2 mak kat telinga aku ni... Naik seram aku dengar pekataan kawin tu. Tak sangka, 10 tahun selepas tu aku dah kahwin dgn seorang lelaki yg aku sendiri pun tak sangka... Dulu terfikir gak sape lah suami aku? Macam mana la rupa anak aku? Ade ke tak anak aku? Soalan mengenai ANAK paling aku takut sbb aku seriau... hahahaha... Ngeri bila tgk darah banyak…

Banyak kesilapan yg aku lakukan dalam hidup… Nasib baik aku cepat sedar atas kesalahan2 yg aku buat dan pengalaman2 yg aku lalui mungkin tk semua org rasa dan fahami… Lantas pengalaman yg aku kutip menjadikan aku lebih matang dan lebih berhati2 dlm menjalani kehidupan. Kadang2 orang yg jadi pernah menjadi musuh kita satu masa dulu, kini lebih baik dari seorang yg paling rapat dalam hidup kita… Kadang2 aku tak sangka, orang yg nampak baik tapi sebenarnya mempunyai sebusuk2 hati… HIPOKRIT. Nampak baik, tulus ikhlas dan mengambil berat tapi itu semua lakonan semata-mata utk kepentingan diri sendiri. Ohhh… emosinya aku bila aku dah melalut bercerita tentang ragam manusia.

Penat bila memikirkan diri selalu ditindas oleh manusia hipokrit. Hampir aku menangis semahu-mahunya bila mengenangkan ada orang mahu lihat aku jatuh, gagal, sedih dan berputus asa. Tapi aku bukan selemah yg mereka sangka. Jgn harap aku akan tunduk dgn tuduhan yg mereka cipta bg membuat org memandang rendah terhadap aku. Ya, sesungguhnya lidah lebih tajam dari pedang… Dengan kata2, seseorang boleh membunuh diri. Aku selalu ingatkan diri supaya memaafkan org yg sengaja atau yg tidak sengaja menyakitkan hati aku tapi sampai bila?

Bagi aku hidup ni ibarat roda… Siang malam silih berganti, suka duka permainan dunia. Kita cuma memegang watak yg diberikan. Mungkin hari ini kita di atas, mungkin esok lusa kita dibawah.. Aku percaya Allah itu maha adil. Aku sudah melalui pelbagai dugaan. Selalunya masalah berpunca dari diri sendiri. Walaupun usia aku boleh dikatakan masih muda tapi fikiran aku lebih terbuka dari sesetengah org yg telah lama menikmati hidup di dunia.

Kadang2 aku bosan bila berhadapan dgn manusia hipokrit yang boleh dikatakan hampir setiap hari. Ada yg tunjuk pandai tapi terserlah kebodohannya bila terlampau tunjuk pandai. Ada yg bodek sana sini agar diberi kelebihan dan perhatian. Ada yg bodoh buat kerja yg bukan sepatutnya. Ada yg bercerita sana-sini seolah-olah hidup dia je yang sempurna, seolah-olah dia memiliki segalanya. Sampai cerita dalam kain pun nak cerita dengan orang. Lawak..Lawak… Badut sarkas pun tak selawak ni. Nk tergelak aku dengar cerita yg kadang2 aku rasa tu sekadar rekaan semata-mata demi menutup kelemahan diri sendiri. Tolonglah, jujur dengan diri sendiri. Aku boleh terima segala pembohongan kau tapi diri kau boleh ke terima?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...