30 May 2010

Sepetang ke Zoo Negara

Petang Jumaat lepas, hubby bawa aku dgn Fatih ke Zoo Negara yg telah sekian lama aku tidak lawati. Rasanya aku tak ke sana lebih 15 tahun. Best jugak tgk binatang2 kat sana... Fatih pun teruja tgk animal... Selalu tgk kat tv je. Kesian...

Penat jalan kat sana.. Jauh sgt berjalan... Sampai kat rumah kami tiga beranak tertido... Yg aku geram sgt tu, fatih asyik nk tolak stroller je smp tak tertarik pd animal kat sana. Tiket masuk pun dah mahal.. Dewasa with MyKad RM25.. Kanak2 RM 9. Nasib baik fatih tak kena bayar tiket masuk sbb fatih under 3 years... Kami bayar RM 40 utk 2 org sbb tak amik full packages. Full packages termasuk taman rama2 dan zoo serangga..

Kami sampai sana pkl 3.30 ptg. Pusing satu zoo, pastu penat, kami naik tramp. Masa naik tramp tu, ade couple makhluk asing (maybe org korea) potong queue. Geram aku... Kitorg yg dulu sampai, diorg yg macam tak sabar nk naik... Makhluk asing yg tak beradap.. lain kali dtg ke negara org, jgn smp susahkan org lain. Nasib baik ko potong queue aku, kalo org lain, maybe ko dah kena lempang...

Kat bawah ni, antara gambar2 yg sempat kami amik...

27 May 2010

Happy Birthday Muhammad Fatih Mirza b. Shamshulkamar

Hari ni kau datang riang... tersenyum buat ku senang, kau hias dirimu membuat ibu semakin sayang... Ohhh... rupa-rupanya hari ini birthday Fatih, anak kesayangan ibu. Dah 2 tahun usia Fatih dan selama itulah... hidup ibu bahagia dgn keletahmu. Dgn kehadiran Fatih dalam hidup ibu, mengajar ibu erti kesabaran dan ketabahan. Kehadiran Fatih juga membuatkan ibu bertambah2 lagi menghargai emak ibu sendiri. Ibu doakan agar fatih sentiasa menjadi anak yang baik, bertaqwa kpd Allah SWT dan bijak pandai...

Meh sini ibu nyanyi buat Fatih...

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Fatih Mirza
Happy Birthday to you

I Love U, Fatih... Kasih sayang ibu sentiasa mencurah2 buatmu. Ibu akan sentiasa disismu untuk melindungimu, membelai dan membahagiakanmu.

26 May 2010

Klinik Kesihatan Putrajaya

Hari Isnin, aku pegi klinik kesihatan Putrajaya utk buat chest x-ray... Alhamdulillah doktor sahkan aku tiada ada jangkitan virus.... Aku dah hampir sebulan batuk, risau aku dibuatnya... Maklumlah skrg ni macam2 virus ada. Dah tu kejap demam kejap baik... Nk kemas rumah pun tak larat..

Kat klinik, pegi register dah 50 org menunggu. Punyala ramai org sakit.. aku kesian kat org2 tua dan baby. Tak sihat tapi kena tunggu lama... Yela, macammana tak tunggu lama dalam putrajaya ni ade 1 je klinik kesihatan kerajaan... Aku bila bab nk ke klinik ni, memang malas. Selalu kalo anak demam, aku sanggup gi klinik swasta je... tak sanggup nk tunggu lama2.

Cerita pasal klinik kerajaan ni... bukannya tak bagus servisnya cuma terpaksa menunggu lama... klinik tu pun memang banyak berjasa kat aku... Masa aku pregnant, setiap bulan aku berkunjung ke sana utk rawatan. Sistem klinik canggih dan praktikal, cuma kena tambah bilangan klinik lagi. Almaklumlah, skrg ni penyakit pun moden... Aku pun harap lepas ni ade klinik khas utk ibu mengandung dan baby supaya pembawa virus yg bukan2 ni dapat dielakkan...


18 May 2010

Punch Card

Aku pelik la bila ada orang suruh orang lain punch card utk dia.... Punch card la sendiri... Aku pun dtg lambat gak tapi tak lah sampai nyusahkan org lain... Kalo ade kecemasan ke, takpe la gak kan tapi ini hari2 suruh org lain punch.... banyak cantek muko ko.... Suruh aku, aku wat derk je... Sebenarnya walau kawan kita tolong punch card, dia akan lakukan dgn rasa susah hati dan malu utk melakukannya.... Macam bodoh je member tu kite buat.. Yelah... kena suruh punch card tanpa perasaan MALU. Dah tu ade yg suruh punch pagi tapi masuk keja tghari... sedapnya hidup macam tu... Tak adil la utk kengkawan yg slalu dtg awal kan. Ade yg balik awal tapi suruh org lain punch balik nanti. Kesian la kat member babe... Kawan2 opis yg lain pun tau member tu jugak yg slalu tolong... Bukan aku nk mengata sesapa tapi kita sesama manusia ni kena la berlaku adil dan memahami keadaan masing2. Jgn la ikut sedap ko je. Aku faham perasaan dia... Sabar jo la... nk buek camno...Sapo suruh ko selalu ikut kohondak dio... Padan muko...

kenyataan ini takde kena-mengena dgn hidup korang yg selalu buat benda2 macam tu... aku just suruh korang fikir sebelum nk lakukan apa2.... tu je...

Belajar masak cheese tart


Tadaaa... ibu fatih masak cheese tart. Mengenangkan hubby suke makan cheese tart, tangan ni terus merajinkan diri utk men'terror'kan diri menunjukkan bakat terpendam... Walaupun tak lah lawa macam kat kedai tapi aku tetap berpuas hati dgn hasilnya. Sedap tau... Kat bawah ni aku sertakan resepinya... Korang cubalah buat... sonang jo...

Kawan2 terutamanya Ayu and Kak Connie, sorry la coz aku tak dapat bawak gi opis sbb aku dah terbagi kat pengasuh fatih... lain kali aku buat lagi ye...

Resepi Cheese Tart

Resepi untuk pastri manis

Bahan-bahan:

125gm mentega
63gm gula icing
250gm tepung gandum
1 kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air


Cara membuatnya:

  1. ayak tepung dan campurkan gula ke dalam mangkuk campuran.
  2. campurkan mentega ke dalam tepung dan uli hingga membentuk crumbs kasar.
  3. tambahkan kuning telur, esen vanila dan air.
  4. bentukkan dalam acuan dan bolehlah dibakar sehingga masak.
  5. sejukkan sebelum digunakan.
Resepi untuk inti cheese:

Bahan-bahan:

250 gm krim keju (cream cheese) - aku pakai philadelphia cheese
20gm mentega
60gm gula halus
1 biji telur

Cara membuatnya:

  1. pukul krim keju, mentega dan gula sehingga kembang, tambah telur dan pukul sehingga sebati.
  2. tuang adunan ke dalam kulit tat pastri yang sudah masak
  3. letakkan sedikit jem blueberry atas cheese tu dan bolehlah dicorak-corakkan ikut suka. - aku pakai jem strawberry coz jem blueberry lupa nk beli...
  4. bakar pada suhu 180 darjah C selama 10 minit.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...