16 June 2010

Jangan Lupa Mana Bumi Dipijak

Hari ni aku tertanya pd diri sendiri, kalo aku tak kerja di tempat kerja aku sekarang ni, di mana aku tinggal sekarang agaknya? Kerja swasta ke aku? Jadi suri rumah yg cekap ke aku ni? Kalo jadi suri rumah mesti hubby aku org paling bahagia memandangkan itulah hajatnya yg selalu terpacul dari bibirnya... Aku bukan jenis yg suka duduk diam kat rumah... Mak ayah aku pun tahu dari kecik sampai le kawin ni, mesti aku kuar meskipun hanya utk setengah jam sehari. Tak tahu kenapa? Mase mengandung dulu pun, asyik jalan je. sampai bengkak kaki.

Masa sekolah dulu bercita2 nk jadi cikgu tapi skrg dah jadi chegi.. Tula... belajar main2 lagi. Nasib baik result SPM tak kantoi, kalo tak, mak kawinkan ko kat sesape yg masuk pinang kau... terngiang2 kata2 mak kat telinga aku ni... Naik seram aku dengar pekataan kawin tu. Tak sangka, 10 tahun selepas tu aku dah kahwin dgn seorang lelaki yg aku sendiri pun tak sangka... Dulu terfikir gak sape lah suami aku? Macam mana la rupa anak aku? Ade ke tak anak aku? Soalan mengenai ANAK paling aku takut sbb aku seriau... hahahaha... Ngeri bila tgk darah banyak…

Banyak kesilapan yg aku lakukan dalam hidup… Nasib baik aku cepat sedar atas kesalahan2 yg aku buat dan pengalaman2 yg aku lalui mungkin tk semua org rasa dan fahami… Lantas pengalaman yg aku kutip menjadikan aku lebih matang dan lebih berhati2 dlm menjalani kehidupan. Kadang2 orang yg jadi pernah menjadi musuh kita satu masa dulu, kini lebih baik dari seorang yg paling rapat dalam hidup kita… Kadang2 aku tak sangka, orang yg nampak baik tapi sebenarnya mempunyai sebusuk2 hati… HIPOKRIT. Nampak baik, tulus ikhlas dan mengambil berat tapi itu semua lakonan semata-mata utk kepentingan diri sendiri. Ohhh… emosinya aku bila aku dah melalut bercerita tentang ragam manusia.

Penat bila memikirkan diri selalu ditindas oleh manusia hipokrit. Hampir aku menangis semahu-mahunya bila mengenangkan ada orang mahu lihat aku jatuh, gagal, sedih dan berputus asa. Tapi aku bukan selemah yg mereka sangka. Jgn harap aku akan tunduk dgn tuduhan yg mereka cipta bg membuat org memandang rendah terhadap aku. Ya, sesungguhnya lidah lebih tajam dari pedang… Dengan kata2, seseorang boleh membunuh diri. Aku selalu ingatkan diri supaya memaafkan org yg sengaja atau yg tidak sengaja menyakitkan hati aku tapi sampai bila?

Bagi aku hidup ni ibarat roda… Siang malam silih berganti, suka duka permainan dunia. Kita cuma memegang watak yg diberikan. Mungkin hari ini kita di atas, mungkin esok lusa kita dibawah.. Aku percaya Allah itu maha adil. Aku sudah melalui pelbagai dugaan. Selalunya masalah berpunca dari diri sendiri. Walaupun usia aku boleh dikatakan masih muda tapi fikiran aku lebih terbuka dari sesetengah org yg telah lama menikmati hidup di dunia.

Kadang2 aku bosan bila berhadapan dgn manusia hipokrit yang boleh dikatakan hampir setiap hari. Ada yg tunjuk pandai tapi terserlah kebodohannya bila terlampau tunjuk pandai. Ada yg bodek sana sini agar diberi kelebihan dan perhatian. Ada yg bodoh buat kerja yg bukan sepatutnya. Ada yg bercerita sana-sini seolah-olah hidup dia je yang sempurna, seolah-olah dia memiliki segalanya. Sampai cerita dalam kain pun nak cerita dengan orang. Lawak..Lawak… Badut sarkas pun tak selawak ni. Nk tergelak aku dengar cerita yg kadang2 aku rasa tu sekadar rekaan semata-mata demi menutup kelemahan diri sendiri. Tolonglah, jujur dengan diri sendiri. Aku boleh terima segala pembohongan kau tapi diri kau boleh ke terima?

14 June 2010

Fatih, ibu geram....


Fatih, anak kesayangan ibu... ibu kekadang tak paham kenapa nk makan sepah2. Kenapa nk bg meja tu makan jugak? Kenapa bg dinding tu makan? Dinding dgn meja tu tak makan nasi, sayang... Semalam fatih nk makan sendiri, ibu bg fatih makan sendiri tapi kenapa fatih buat hujan nasi? Nasi utk kita makan bukan main2 tau... Macam mana lagi ibu nk buat lagi?

Karipap pertamaku

Hehehe..... inilah karipap hasil dari ketekunan aku. Dapat 30 keping karipap berinti daging yg enak, rangup, gebu dan debab... Ermm, sedap, aku bawa gi rumah adik iparku sambil2 tgk bola sepak. Habis licin. Nanti kalo buat lagi, nk bg kat jiran2 aku lak... Aku teringin gak bg akak kat tingkat 5 tu... kesian tak pernah aku menjamu makan kat rumah aku...

10 June 2010

Ya Allah, selamatkan Palestin!!!

Ya Allah, kau selamatkanlah bumi Palestin... Tak tertanggung perasaan ini bila melihat kanak2 hilang tempat bergantung, orang ramai mati ibarat nyawa tiada harga, wanita diperlakukan seperti binatang... Peluru ibarat hujan... Berlinang air mata aku kerana aku tidak mampu menolong... Pernah tak korang terfikir kalo kita di tempat mereka...

Ya... sebenarnya perasaan aku terganggu apabila melihat umat islam ditindas, diseksa, dibunuh, dirogol dan macam2 lagi. Hak mereka diketepikan. Mana perginya perikemanusiaan. Hancur hatiku bila menyaksikan kanak2 di sana meraung di tepi mayat ibubapa mereka. Diorang hilang tempat tinggal dan hidup kebuluran. Aku berdoa satu hari nanti, keadaan ini akan reda...

Kepada korang semua yg sedang membaca... aku harap korang bersyukurlah dgn apa yg Allah kurniakan utk kita. Fikirlah, betapa bertuahnya kita hidup di bumi tuhan... betapa sayangnya tuhan kepada kita. Setiap hari, tuhan beri kita bernafas dgn udaraNya, menyentuh dgn tanganNya, berjalan dgn kakiNya, bercakap dgn mulutNya, melihat dgn mataNya, mendengar dgn telingaNya.

Dibawah aku tulis lirik lagu yg khas utk warga Palestin yg tak dapat aku bantu dgn kudratku ini :(

Penyanyi: Raihan
Tajuk Lirik Lagu: Untukmu Palestin

Berzikirlah dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubat padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita dimakbulkan

Agar Palestin kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan Sunnah

Palestin kan dimiliki lagi
Ingatkan Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan nama dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang

Pembelaan Allah akan datang

Palestin...

Palestin...

Palestin...

LA ILA HA ILLALLAH


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...