14 December 2010

Hantu Kak Balik Rumah

Kak Limah

Jumaat lepas, aku dgn member aku pi Alamanda layan cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah".... Bagi aku cerita ni memang best dan lawak gilerrr... Aku suggest kat korang supaya pegilah membawa hati yang lara menonton cerita ni.... Mesti korang gelak sampai nak tertanggal gigi...

08 December 2010

Cokelat

Cokelat Daim merupakan cokelat no. 1 kegemaran aku... Sesape yg pergi ke Pulau Langkawi silalah beli cokelat-cokelat ini untuk aku kerana aku sgt menghargai pemberian kalian, huhu~~.



Coklat kegemaran aku yang kedua ialah Patchi :


Memang syok makan kedua-dua cokelat ini... seolah-olah dpt melupakan masalah yang ada. Aku suka cokelat dan aku sayang cokelat...

Yeay.... fatih dah tak pakai lampin lagi

Bulan lepas, aku bukan main risau lagi mengenangkan si anak bujang aku yg sorang tu. Mana tak risau, si fatih dah 2 tahun setengah tapi masih pakai diaper. Puas aku mengajarnya tapi dia tak mau, mungkin dia belum bersedia. Aku ada baca buku"Panduan Lengkap Ibu dan Anak" mengenai "Potty training". Buku tu menyatakan bahawa kalau kita nk ajar dia "potty training", kita tak boleh memaksa dia untuk memahaminya. Memang kena banyak sabar. Minggu lepas ruang tamu rumah, ada benda asing spesis taik kambing.... rupa-rupanya fatih yak! Aduiii.... Kenapa fatih tak cakap kat ibu...?? Masa ni rasa kesian pun ada tgk muka dia.....


Sabar, itulah kunci utk ajar anak dalam apa situasi pun. Walaupun kadang-kala pitching suara aku ni, satu blok aku boleh dengar, sebenarnya aku adalah makhluk tuhan yg penyabar... Mulut je bising tapi tak sampai hati. Semasa nak ajar fatih ni pun, aku banyak minta tolong pengasuh fatih (Ibu Ani). Nasib baik Ibu Ani tiada masalah dalam menjayakan program ini. Kalau tak, tak taulah aku macam mana.... Terima kasih Ibu Ani sbb ajar Fatih macam2.. Fatih dah boleh yak kat toilet dah... Ibu Fatih pun dah boleh senyum kat tepi pintu bilik air tunggu fatih yak!!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...