29 March 2011

Beli rumah

Hahaha... kenapa orang mempertikaikan aku beli rumah ke tidak? Suka hati aku la nak beli ke tak... Buat masa ni belum bersedia lagi untuk memberi komitmen selama 20-25 tahun untuk aku menghambakan diri bg membayar ansuran rumah. Kalo nak beli pun, biarlah en. asben yang membiayainya... Itu bukan tanggungjawab aku... Selagi aku boleh menumpang berteduh di kediaman kerajaan ni, biarlah keputusan membeli rumah itu, aku letak tepi dulu.



Bukan aku tak teringin, bukan aku tak nak merasa tapi hajat itu terpaksa ditolak tepi lantaran kerana ingin memenuhi kehendakku yang lain dulu kuang..kuang... Lagipun rumah aku sekarang sudah cukup selesa, dekat dengan ofis aku dan yg paling penting rumah aku dekat dengan sekolah. Maka tak perlulah untuk aku memeningkan kepala untuk menambahkan hutang. Nanti tak boleh pejam mata la nanti.... Sebab tak boleh nak shopping, jiwa merana....



Wahai manusia2 yang kesian kat aku ni.... (kerana tak beli rumah), tak perlu lah berbuat demikian kerana aku tau apa aku buat. Kalo ada rezeki nanti dan kalo dipanjang usia, Insya Allah tercapai juga hajat di hati.... (^_^)



Kepada yang sudah berjaya, aku doakan agar korang bahagia selalu dalam mahligai yang dibina. Aku suka orang yang selalu cerita tentang kejayaan diorang. Sekurang-kurangnya ia boleh menyuntik semangat aku untuk bekerja keras lagi bagi mencipta mahligai impian.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...