31 March 2011

Masalah kulit

Dulu aku mengalami masalah kulit wajah yang boleh dikatakan kritikal juga..... Jerawat kalo tumbuh bukannya kecil tapi sangat besar (mungkin juga jerawat batu) sampai malu nak keluar rumah. Kalo dipicit, nanti berlubang dan berparut pula. Silap gaya, jerawat tu jadi penunggu dan bertempek kat muka berbulan-bulan lamanya.... Macam-macam produk aku cuba.... Ada yang dari farmasi, kedai tepi jalan, ubat tradisional... Ada yang mula-mula baik pastu jadi lebih teruk.... Ada yang membuat mukaku lebih banyak jerawat dan gatal.....



Muka juga selalu berminyak, lebih-lebih lagi bila waktu petang atau terkena pancaran matahari...... Liang roma pun terbuka.... Lebih hodoh lagi bila bekas jerawat jadi parut hitam. Tensionnya masa tu..... Sampai aku terfikir nak pegi buat laser je kulit muka aku.... Kalo korang nak tahu, aku telahpun pergi ke N** Y*** Skin Solution tapi keputusan hampeh sekali. Bengong betul masa tu kerana telah merabakkan duit aku. First time pegi sana, diorang akan scan muka aku dan cerita tentang masalah kulit aku..... Tapi aku tak percaya sebab first treatment pun muka aku jadi lebih teruk. Habis pecah-pecah muka dikoreknya. Menyesal tak sudah.... Kalo nak elok rupa parasmu, kena ambil pakej yg mencecah hampir puluhan ribu Ringgit Malaysia. Mau pengsan aku mendengarnya.... Begitulah pengalaman aku tentang penjagaan kulit muka aku ni....



Sekarang aku dah jumpa penawarnya..... Aku guna pencuci muka Pro Activ dan tonernya juga moisturizer... Pada awal dulu kurang yakin tetapi tawakal je la. Mudah-mudahan sembuh muka aku ni.... Pakai produk ni memang jerawat beransur hilang tapi liang roma dan parut tak menemui jalan penyelesaian. Pening aku! Sehinggalah aku jumpa benda ni.........

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Plant Cell Skin Solution Face Serum
by Cosway



Alhamdulillah kulit wajahku semakin sihat dan berseri. Ramai yang tanya apa yang guna jadi aku pun suka berkongsi tentang hal ini.... Liang roma pun dah semakin mengecil dan kulit pun lebih anjal.... Garis halus pun dah hampir hilang.



Ada yang terkejut tgk muka aku sampai diorang tanya aku cucuk ke.... Tak sampai lagi ke situ aku nak lakukan, cukup lah aku tenyeh serum tu kat muka aku ni sambil mengambil supplement Spirulina dan "Japanese Chlorella" bagi kesihatan dalaman kulit supaya kekal cantik berseri sebab chlorella ni mempercepatkan baik pulih sel-sel yg tua kepada sel muda. Spirulina juga kaya dengan klorofil baik untuk menyingkir toksin terkumpul dalam badan menguatkan sistem kesihatan seluruh badan termasuk kulit.



Tak percaya tak mengapa kerana aku mula-mula pun tak percaya tapi bila sudah cuba pasti kamu semua akan akui.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...