20 April 2011

6 Tablet Sesuai Untuk Hiburan

Pagi tadi aku tertarik dengan artikel it@Metro yang menceritakan teknologi komputer yang kini semakin hari semakin canggih. Jom kita kongsi pengetahuan tentang tablet yang sedang hangat di pasaran.


Notion Ink Adam
Produk ini yang dihasilkan dari UK menggunakan pemprosesan Tegra 250 berasaskan ARM Cortex A9 dan menggunakan Android 2.3 namun pengeluarannya belum disahkan di Eropah. Berdasarkan kekuatannya, Adam mampu memainkan video definisi tinggi 1080p dgn storan 8GB menggunakan flash.



Samsung Galaxy Tab 10
Ia mempamerkan kebebatan 1GHz dual core dgn kamera belakang beresolusi 8.0 megapiksel. Berat 599 gram. Tebal 10.9 mililiter. Menyokong teknologi WiFi 802.11a/b/g/n dan versi 3G utk kelajuan sehingga 7.2 megabit sesaat menerusi rangkaian HSDPA. Sangat best woo....



Panasonic Viera Tablet
Model ni belum diumumkan secara rasmi di Malaysia malah belum tahu sama ada ia akan dipasarkan di sini atau tidak. Namun tablet ini dioperasikan bersama Android dgn 3 saiz iaitu 4.0, 7.0 dan 10 inci. Ia mungkin sesuai diselarikan TV pintar melalui IPTV jika dilancarkan di Malaysia. Wahhh... boleh tgk macam2 rancangan TV di mana saja.



HTC Flyer
Saiznya lebih kecil dgn skrin 7 inci dan lebih ringan sekitar 420 gram (boleh simpan di poket). Tablet ini juga mempunyai aplikasi yang menarik spt muat naik filem dan lagu, selain menawarkan pen 'magic' membolehkan anda menulis, melukis, mewarna dan menyentuh gambar pada skrin tablet dgn lebih mudah.





Toshiba AS100
Model ini mempunyai kamera 1.3 megapiksel dgn pilihan sambungan rangkaian termasuk slot kad SD, HDMI dan USB 2.0. Saiznya senipis 14 mililiter dan beratnya 750 gram yang mudah dibawa sehinggakan boleh dimuatkan dalam beg tangan untuk peranti berskrin sebesar 10.1 inci LED Clear Superview.



Acer ICONIA W500
Ia menggunakan skrin beresolusi HD 1280 x 700 jenis LCD TFT LED-backlit berkecerahan tinggi yg menggunakan teknologi Acer CineCrystal. Ia menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 7 dan mempunyai saiz 10.1 inci dgn memori RAM yg ditawarkan ialah 2GB. Ia ditambah dgn penggunaan pemprosesan AMD dgn memori sebanyak 32G serta tablet pertama yg dilengkapi port HDMI di ruangan tepi.


So, mana satu pilihan hati? Rasanya semuanya best... Marilah kita kongsi pendapat mana satu yang best....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...