04 April 2011

Bersyukurlah

Kenapa manusia sukar mengucapkan terima kasih?
Kenapa manusia hanya pandang kebendaan dari ketulusan hati?
Kenapa manusia begitu mudah merungut tentang kesusahan yang ditimpa?
Sedangkan Sang Pencipta mengurniakan lebih banyak kesenangan berbanding kesusahan


Cuba kita lihat si luar sana.....
Sebuah negara ditimpa tsunami
Seorang ibu dibiarkan di rumah usang
Si pengemis meminta sedekah demi sesuap nasi
Seorang pesakit kronik menunggu ajalnya


Tidakkah kita berasa beruntung
Kerana masih lagi bernafas
Kerana masih lagi boleh menjamu selera
Kerana masih lagi bersuka ria


Paras rupamu indah
Tiada cacat cela
Cukup sifat
Cuba kita pandang di luar sana
Ada yang kekurangan sifatnya
Namun dia masih bersyukur


Kenapa kita mesti ukur seseorang melalui harta kekayaannya
Kerana pangkatnya
Kerana kecantikannya


Kenapa tidak kita ukur dari hati budinya
Dari sifat tulusnya
Dari keikhlasannya
Dari ilmunya


Realiti kehidupan tak seindah wayang
Silap percaturan
Terhumban di longkang
Berdoalah
Bersujudlah
Semoga kita menjadi insan pilihan orang yang disayangiNya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...