01 April 2011

Hujan emas di negeri orang

"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri" itulah pepatah Melayu. Pepatah bermaksud sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.



Ya, memang aku rasa begitu. Walau negara orang ada pemandangan yang lebih cantik, walau di negeri orang ada teknologi lebih canggih tapi di sini lebih aman dan tenteram..... Tak jauh dari keluarga tersayang (anak emak aku nih ^_^)..... Senang nak cari makanan halal dan yang paling penting, toilet di sini lebih bersih dan ada air hehehehe....... Cuma satu yang susah dalam Malaysia ni, banyak sangat orang asing yang menyusahkan rakyat.



Tapi kalo ada hujan emas di negeri orang, tak salah kalo kita cuba membina kehidupan di negeri orang. Ambil emas berguni-guni pastu balik Malaysia, hidup kaya-raya.... Melalut dah aku.... Kalo nak ikutkan aku tak bercita-cita untuk duduk keluar dari Malaysia ni cuma kalo setakat pergi melancong tu adalah..... Nak pergi Australia sbb nak peluk koala... Fatih suka koala.



Selain tu, aku nak pergi Mekah. Nak saksikan penyatuan kaum islam seluruh dunia yang tiada bandingannya. Aku nak lihat betapa umat Islam mengabdikan diri untuk menunaikan rukun Islam yang ke 5.... Aku nak rasa cintaNya.... Semoga aku akan jadi tetamuNya di sana....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...