15 April 2011

Isteri Solehah Idaman Suami


Actually, buku di atas merupakan buku panduan yg berguna utk pedoman menuju kebahagian di dalam rumahtangga oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Hasmariza Md Hashim. Rupanya, banyak perkara yg aku jahil dalam bab rumah tangga bila aku baca buku ni....

Ini adalah salah satu entri yg kita boleh kongsi khas untuk para wanita yg bergelar isteri ataupun yang bakal berumahtangga untuk pengetahuan bersama:


Sifat-sifat isteri solehah
  1. Membatasi pandangan hanya pada suami. Dia puas dengannya dan tidak memandang selainnya, tidak membanding2kan suami dgn org lain serta tidak mengharapkan perhatian drpd org lain selain drpd suaminya.
  2. Membataskan aktiviti2 hariannya di rumah, hadkan masa di luar rumah kecuali apabila ada alasan syarak yg menghalalkan dia berbuat demikian.
  3. Segera meminta maaf meskipun dizalimi.
  4. Memenuhi hak-hak suami dgn baik, mengasuh dan mendidik anak-anak dgn baik serta memenuhi hak kedua-duanya dgn baik.
  5. Berusaha supaya sentiasa tampil menarik setiap masa. Penampilan cantik, aroma wangi, tuturkata lembut dan baik tingkah lakunya.
  6. Berusaha utk tidak memperlihatkan hal2 yg tidak disukai suaminya. Isteri yg pintar tidak akan memperlihatkan kpd suaminya darah haid atau nifas, tidak muntah, tidak membuang air kecil ataupun besar di hadapan suaminya. Mungkin perbuatan sebegitu tidak disukai oleh suaminya.
  7. Menghindari perkara2 yg boleh merosakkan penampilannya sbg seorang wanita yg cantik, kerana wanita diciptakan utk berhias cantik.
  8. Memberi penghormatan kpd suami dgn sesuatu yg membahagiakan dan menyenangkan hatinya.
  9. Pandai memasak serta sentiasa menjaga kebersihan diri, anak2 dan rumahtangga.
  10. Cerdas dan cermat dalam bertindak, berbicara dan meminta.
  11. Sabar, berani dan cekap dlm melaksanakan tanggungjawab keluarga.
  12. Menghantar suami ke depan pintu setiap kali suami ke tempat kerja, menyambutnya setiap kali dia pulang. Berterima kasih di atas pemberiannya dan selalu mendoakan kebaikan kepadanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...