05 April 2011

Kafe yang marbelles....

Pagi tadi aku gi beli sarapan kat sebuah kafe ni. Kafe ni memang macam-macam ada.... Orang pun ramai lagi-lagi kalo lunch time, mesti beratur panjang. Selalu aku memang nak elakkan beli makanan di cafe tersebut sebab sepanjang aku membeli di situ, boleh dikatakan rasa makanannya tidak menepati citarasa aku dan juga officemate aku.... tapi pagi tadi perut pun dah menyanyi minta diisi, aku pun pergi lah ke sana..... Aku pun beli lah mihun dgn telur mata buffalo....


Seperti yang aku jangka, masuk je sesuap dua ke mulut aku ni..... terus tawar hati nak makan. Bukan aku sesaja nak memburukkan tapi geram sesangat, harga dah la tak berpatutan tapi rasa tawar. Kenapa berniaga sebegitu rupa? Kesian kat kami weiii... Kenapa main hentam je masak makanan yang dijual.... Tolong lah.... Bukalah hati dan minda tu.... Menderita aku nak jerit kat telinga pak cik, makcik tu.....


Kalo ditanya kat bakul sampah aku (kalo bakul sampah ni boleh cakap).... "Yus, tak usah le ko beli makanan kat cafe tut tu lagi, kesian rezeki ko buang cam tu je"


Kengkadang kami takde pilihan nak pergi beli makanan kat tempat lain.... (T_T) Aku rasa bukan aku sorang je yang mempunyai perasaan macam ni.... Tolonglah tukar orang lain yang lebih layak lagi berniaga di situ....


Ok sekian terima kasih. Itu saja luahan perasaan aku di pagi yang mulia ni... Bukan sebab aku tak bersyukur tapi please la pakcik makcik oiii.... Tukar la tukang masak tu... Really tak sedap everyday!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...