24 April 2011

Kalo dah namanya kaki shopping...

Semalam aku, hubby dan Fatih gi Institut Jantung Negara (IJN) melawat kawan hubby yang sedang menjalani rawatan jantung di sana. Kami sampai pukul 4 ptg gitu. Rupa2nya waktu melawat pukul 4.30 ptg. So, kami pun lepak di ruang menunggu di aras bawah.


Kebetulan kat aras bawah IJN tu ada 4 ke 5 buah kiosk jualan... Aku pun singgah le utk cuci2 mata. Hati aku dah terpaut dgn sehelai blouse ni... Cantik! dalam hati kecilku berbisik. Warna coklat bersulam... Namun harganya membuatkan aku berfikir nak beli ke tak nak.... Maklumlah baju cantik, lagi2 kalo potongan sopan yang sesuai untuk ibu-ibu muda macam aku selalunya harga boleh tahan...


Tiba2, aku terdengar suara "Ibu, Thomas bu!". Macam kenal je suara tu... Aku secara tiba2 kembali ke alam realiti setelah berangan-angan nak peraga baju tu. Rupa2nya anak kesayanganku tunjuk baju "Thomas & Friends" siri kartun kegemarannya. Itulah pertama kali, anakku minta beli sesuatu dariku untuk dia.


Aku pun terus beli baju tersebut memandangkan dia bersungguh2 hendakkan baju. Nasib baik murah je... Tentang baju yang aku minat tadi tu, simpan je lah dalam hati. Lain kali boleh beli... Nanti hubby kata "Kalo dah kaki shopping, kat IJN pun boleh shopping". Hehehe....


Meh aku tunjukkan baju yang buat anak aku suka sangat sampaikan suruh aku tukar baju masa tu jugak... Sabar jela ibu kamu Fatih oiii...


Muka baru lepas nangis sebab tido dia terganggu
(kena angkat dari kereta masuk ke rumah)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...