08 April 2011

Lampin Kain Moden a.k.a Cloth Diapers

Pagi tadi aku order 30 keping Cloth Diapers (CD) untuk dijual.... So, aku nak kongsi cerita sedikit tentang CD ni untuk kebaikan anak dan juga alam sekitar. Mungkin ramai yang sudah tahu tentang CD dan aku percaya ramai lagi kawan-kawan di luar sana masih tak kenal dengan CD ni.


Kelebihan Penggunaan Lampin Kain Moden

Terdapat banyak kebaikan menggunakan lampin kain, di antaranya ialah:


1) Dari Segi Kos Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin


(a) Penjimatan kos Dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah: Jika menggunakan lampin pakai buang: Anak anda menggunakan minimum 6 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.50 setiap satu. RM0.50 sekeping X 6 = RM3.00 sehari

RM3.00 X 365 hari = RM1,095.00 setahun
RM1095 X 3 tahun = RM3,285.00 untuk seorang anak
Anda perlu mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya.....…
Jika menggunakan lampin kain/cloth diaper (CD) Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 helai CD jika anda bekerja dan mencucinya setiap hari. (bagi surirumah sepenuh masa atau yang mempunyai pembantu rumah. bilangan minimum yang diperlukan adalah kurang dari 10 helai kerana boleh terus dibasuh apabila menggantikannya). Untuk keselesaan, anda boleh membeli lebih insert secara berasingan.


RM30.00 sekeping X 12 = RM360.00
Kos lampin kain kekal. Anda boleh menggunakan lagi lampin yang sama jika anda menambah bilangan ahli keluarga kerana CD ini jenis One Size, sesuai utk baby dan kanak2 yang berat 3kg sehingga 15kg dan boleh di ubah mengikut size anak anda.




Perbezaan : Lampin Pakai Buang VS Lampin Kain Moden

RM1095 X 3 tahun = RM3,285.00 untuk seorang anak
RM30.00 sekeping X 12 = RM360.00 untuk seorang anak dan anak2 seterusnya

Berbeza bukan?


(b) Bayi akan cepat belajar membuang air di tandas. Bayi yang menggunakan lampin kain juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam lampin kain (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding lampin pakai buang.

2. Dari segi keselesaan dan kecantikan Lampin kain zaman moden ini juga ternyata lebih cantik dipandang kerana ia datang dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Fitting dan cuttingnya juga lebih cantik dan kemas serta selesa dipakai berbanding lampin pakai buang. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Ia sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit si kecil anda.





3. Mesra alam - Daripada kajian, lampin pakai buang menyumbang sebagai sampah ketiga terbesar dunia dan ianya mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput.


4. Anti bakteria secara semulajadi - Fabrik buluh secara semulajadinya mempunyai elemen yang menentang pembiakan bakteria.



5. Penyelenggaraan yang mudah - Ianya boleh dibasuh dan dikeringkan menggunakan mesin basuh

6. Penggunaan kain lampin moden boleh mengurangkan risiko ruam lampin daripada 78% (kes ruam
pada 1991) kepada 5% (kes ruam pada 1995).


Credit to: my baby online store






2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...