02 April 2011

Nasi Tomato pasti sedap!!!!

Semalam selepas waktu kerja, aku ajak member ofis aku, Ayu pegi ke Pasar Tani mencari bahan-bahan untuk dinner. Kesian kat hubby ngan Fatih dah lama aku tak masak special utk mereka. Bulan lepas ada orang sedekah kat ofis aku beras basmathi 2kg, minyak sapi, susu ideal dan rempah beriyani setiap seorang.... seronok betul aku menerima sumbangan macam tu. Murah hati orang tu bersedekah sambil menggalakkan aku supaya belajar memasak.



Sebenarnya ini kali pertama aku masak nasi tomato.... Setelah aku mencari resipi di www.myresipi.com (terima kasih pada choppy), aku begitu bersemangat untuk menyiapkan juadah untuk keluarga tersayang. Walaupun penat tapi disebabkan ingin membuktikan pada hubby aku yang aku bukan tak reti masak, ku gagahkan jua. Hubby aku selalu bg 'hint' kat aku suruh masak selalu.... Katanya aku masak sedap hehehe.... (^_^)





Resipi Nasi Tomato

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam

  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris

  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...