23 April 2011

Sejuk hati bila hubby memahami

Semalam aku teringin nak makan ikan bakar memandangkan kami jarang makan ikan bakar.... hubby suggest makan di BB Bangi lepas Maghrib. Balik dari ofis, aku ada bawa bekal sebungkus nasi goreng ikan masin.... Sampai je di rumah, aku pun ubahsuai ler nasi goreng tu sebab nasi goreng tu tawar sikit. Jadi dengan perut yg sangat lapar, aku suap Fatih dgn bapak dia sekali nasi goreng tersebut. Makan le kami sebungkus nasi goreng kongsi bertiga...

Apabila perut masing2 kenyang, terasa malas nak keluar... Mata pun ngantuk nak tido... Sudahnya, hubby gi masjid, aku tinggal ngan fatih... Tetapi mungkin kerana badanku penat sangat, kepala aku berdenyut-denyut sampai hubby balik pun aku dok baring lagi.... Sebenarnya kesian kat dia sebab aku tahu dia lapar....

Tup-tup aku tengok dia dah prepare sandwich tuna kegemaran aku... Syukur alhamdulillah... Simpati juga dia kat aku.... Aku memang tak larat sebenarnya malam tadi....

Terima kasih kerana memahami saya ye En. Achoi.... Seronok kalo selalu macam ni... terasa macam permaisuri (-,-) hehehe..... Teringat pulak beef steak yang awk masak masa birthday saya tahun lepas..... (Tahun ni boleh wat lagi)




Ni lah ropenya sandwich yang sangat sedap sampai
ibu Fatih terus lena tido lepas makan....



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...