26 May 2011

Aku terpaksa melepaskan kau

Kali pertama aku dapat memiliki kau
Riang hati tak terkata
Kau amat setia denganku
Terasa megah bilaku pandu kau

Sebak hati ini bila terpaksa melepaskan kau
Selama 6 tahun kau berdamping dengan aku
Kau patuh dengan kehendak aku
Kalo ke utara, utara lah kau pergi
Kalo ke selatan, selatan lah arahmu

Kau tak pernah meragam
Kau tak pernah membiarkan aku melepak di tepian jalan
Kau tak pernah membuat masalah dengan keluarga aku

Puas kutahan perasaan ini
Terima kasih atas segala jasa-jasamu
Segala kenangan bersamamu akan ku simpan di memoriku
Aku terpaksa melepaskan kau, KELISA BIRUKU.....

Kenangan bersama menyertai Putrajaya Treasure Hunt 2011


Masa ni aku tengah tahan perasaan sedih sebab terpaksa berpisah dengan kereta kesayanganku.....

4 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Sedihnya berpisah dengan kereta. Lepasni dapatlah pengganti Kelisa biru ni. Kan.

    10 Undang-undang Aneh di Dunia

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. jasanya jgn dilupa. keperitannya membawa kita pun jgn dilupa. sekurang-kurangnya dia dapat berehat daripada kerja kerasnya selama ni.

    ReplyDelete
  4. Adam Roslan: Wsalam. Pengganti memang ada tapi tak sama dgn yg Cik Kelisa yang baik hati ni.

    Achoi: Tu la... kesian dgn dia yg bekerja keras selama ini. Nanti tambah ahli baru lagi bertambah kesian hehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...