11 May 2011

Bermacam kisah tentang maid

Pagi tadi, officemate aku mendapat berita dari sekuriti rumahnya bahawa maid Indon yang baru bekerja tak sampai seminggu sudah melarikan diri.... Bagi aku maid ni banyak menimbulkan masalah dari menyelesaikan masalah. Memang betul rumah kita lebih teratur, bersih dan terjaga dgn adanya maid tapi berapa ramai maid yang kita yang betul-betul ikhlas bekerja....


Masa aku bujang dulu, aku tinggal dgn akak aku di Kajang. Dia ada seorang maid yang agak cekap buat kerja tapi sgt pandai bawa mulut. Kadang2 kerja tak buat pun dia cakap dia dah buat. Maid tu cerita bukan2... kononnya ada makhluk halus di sebelah rumah. Kebetulan rumah sebelah tu rumah kosong... Tujuannya agar akak aku ni takut utk turun ke bawah pada waktu malam. So, dia dapat relax lebih.


Along aku juga ada bibik untuk uruskan rumah semasa dia eksiden dulu... Bibik tu ok tapi sgt lembab buat kerja... Adoii siap boleh tgk tv macam rumah sendiri. Pastu masuk bilik pukul 8 mlm sampai esok pagi. Memang suka cari tulang.


Itu adalah antara pengalaman2 yang aku dengar.... Adakah dengan ada maid ini hidup kita lagi senang sebaliknya?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...