06 May 2011

Sedarlah wahai aku seorang ibu


Baru 20 minit yg lepas aku berjaya menidurkan Fatih yg dlm sedu-sedan mahu ikut daddy dia keluar.... Antara aku dan daddy, dia lebih rapat dgn daddy sbb daddy very understanding dan lebih caring.... Aku pula lebih suka dia berdikari dan tidak terlalu mengharapkan org lain. Walaupun begitu, dia selalu hug and kiss aku lebih kerap dari daddy... Mungkin dia mahukan lebih perhatian dan kasih sayang.


Kadang2 aku sukar nak faham apa yang dia mahu tapi daddy cepat mengerti apa yg dihajati oleh anakku yg seorang ini.... Kadang2 aku cepat naik angin dgn permintaan yg macam2 tapi daddy selalu ingatkan aku, anak ini anugerah Allah yang tidak ternilai. Hargailah dia, belailah dia. Layanlah dia dgn penuh sabar kerana dgn cara itu, kita dapat menebus kesalahan kita yg lalu... Hampir menitis air mata aku mendengar nasihat daddy.... Maafkan ibu kerana kekasaran ibu semalam...


Bukan aku tak sayang anak cuma aku kurang sabar.... Menjadi seorang ibu mengingatkan aku pada ibuku yang selalu sabar dgn kerenah aku. Cuba memahami segala kehendakku... cuba berlembut dgn kekerasan hatiku.... cuba selami jiwaku yang selalu memberontak. Ibu tak pernah merajuk depan anak-anaknya walaupun berkali-kali hatinya disakiti.


Aku mahu jadi seorang ibu yang sabar dan tabah seperti ibuku. Ibu seorang yg cekal menghadapi dugaan. Ibu selalu mendoakan kesejahteraan anak-anaknya walaupun dia tak pasti sama ada anak-anaknya mendoakannya atau tidak. Ibuku tak pernah meminta-minta utk dibelikan emas permata, cukup sekadar anak-anaknya menziarahi dia atau sekadar menelefon bertanyakan khabar. Dan akulah tetamu yang selalu menjenguk ibu dan abah sementara mereka ada di dunia ini. Aku takut bila mereka tiada nanti, aku tak dapat jumpa mereka lagi. Mungkin aku yang pergi dulu atau sebaliknya... Ajal maut takkan kurang atau lebih walau sesaat pun.


Aku bersyukur kerana aku masih lagi punyai kesempatan untuk bersama-sama mereka lagi. Di sisi aku, terlihat suamiku yang selalu tersenyum bila ternampak kelibat aku. Seorang anak yang manja dan selalu mahu perhatian aku, sepasang ibubapa yang selalu mendoakan kesejahteraan aku. Keluarga mentua yang sangat memahami dan sedia berkongsi cerita denganku.... Adik-beradik yang selalu terbuka untuk menasihatiku..... Itu semua cukup untuk melengkapi duniaku...

Semoga aku menjadi anak yang solehah, menjadi isteri dan ibu mithali. Dan yang paling penting adalah keredhaan Yang Maha Esa untuk keberkatan hidup di dunia mahupun akhirat.... Amin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...