10 June 2011

Ayam Bakar Mayonis ala Kenny Rogers


Assalamualaikum

Jeng jeng jeng... semalam sudah datang mood takmo makan nasi so, aku masak Ayam Bakar Mayonis dgn Mashed Potatoes... Sempat lagik amik gambar Mr. Hubby dgn Fatih yang siap bagi thumb up... hehe poyos nye aku =) Untuk Fatih, aku buatkan ayam goreng masak kicap favorite dia... hehe...

Ok, lepas ni tak payah gi Kenny Rogers lagi... nah ni resipi amik dr Myresipi.com tapi aku ubah sikit.


Ayam Bakar Mayonis

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 2 ketul 1/4 bahagian ayam
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Lada hitam secukupnya-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1/2cm halia-tumbuk

Cara-cara

Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.

** Tentang gravy ayam bakar tu, aku pakai McCormick Mushroom Gravy Seasoning Mix... Cuma tambah air je... Senang



Cara-cara nak buat Mashed Potatoes


Rebus 4 biji kentang hingga empuk.
Tambah garam sikit dalam air rebusan.
Bila dah kentang sudah empuk sila lenyek sambil ko bayangkan muka orang yang buat ko selalu sakit hati.
Tambah butter sikit, pastu tambah susu sikit (aku guna susu duth lady).... Nyumm sedap gilerrr...


4 comments:

  1. mmg sebijik mcm kenny rogers la...kene suh fiza cubo nih...hehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih. senang je sebenarnya... ko dgn fiza pasti suko.

    ReplyDelete
  3. syok ni kalau buat ayam golek. Terlopong mulut pakcik kenny rogers

    ReplyDelete
  4. coodean: cubalah buat... mesti nak buat lagi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...