15 June 2011

Budak Sekolah Berlagak Gangster

Assalamualaikum,

Bukan semua budak sekolah tapi sesetengah budak sekolah yang berlagak gangster.... Walaupun aku ni kontrol ayu tapi kalo dah jumpa orang kurang ajar, aku boleh tolong ajarkan. Jangan ingat aku pakai baju kurung bertudung dgn pakai high heel, korang boleh sesuka hati je nak tunjuk gangster....

Huh! Benci aku. Aku hangin ni sebab tadi masa drive nak balik ke rumah aku, aku terpaksa bagi jalan kat sekumpulan budak sekolah rendah... Aku tak kesah la bab bagi jalan tu, yang aku kesah cuma budak tu boleh tak nak ke tepi dan jegil mata kat aku. Kalo anak aku, dah lama aku lempang2... Nasib baik aku boleh bersabar tadi. Geramnye....

Anak sape lah tu? Mentang2lah aku pompuan... Kalo hubby aku yg drive tadi, sure dapat pelempang ajaib singgah kat pipi. Budak tu muka memang comel tapi kurang ajar... Ishhh rasa nak ketuk-ketuk je kepala budak tu dgn high heel ni....

Adik-adik, kenapa mesti ko nak kurang ajor? Kenapa nak buat perangai tak senonoh? Kenapa nak menyusahkan orang? Awak tu baru nak merasa hidup... Aku rasa anak bangsa lain lebih tau menjaga adab sopan dari anak Melayu. Anak Melayu ramai senang lupa diri, suka jadi gangster bodoh dan berfikiran cetek. Ehhh... dah melalut aku ni... Sorry..... tapi memang betul. Banyak contoh boleh aku beri... Cuba kalo naik lif, kita dalam lif tahan le pintu lif utk tunggu dia, banyak orang Melayu tak reti2 nak cakap "terima kasih". Susah sangat ke nak ucap terima kasih.... Bukan nak harap terima kasih tapi berbudi bahasa la sikit. Kalo tak pun, senyum je... Betul tak?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...