09 June 2011

Karenah isteri Saidina Umar

Seseorang lelaki yang sudah tidak tahan lagi dengan karenah isterinya datang berjumpa Saidina Umar untuk mengadu. Apabila dia sampai di muka pintu terdengar olehnya suara isteri Saidina Umar marah2 dan tidak kedengaran suara Saidina Umar menjawab. Berkatalah lelaki tadi di dalam hatinya "Kalau beginilah keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya, apatah lagi keadaanku."


Tiba-tiba Saidina Umar keluar lalu memanggilnya.

"Apakah hajat kamu?" tanya baginda.

"Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengeluh karenah isteriku, tetapi apabila aku dengar isterimu juga begitu. Malah terfikir olehku, kalau begitu keadaan Amitul Mukminin dengan isterinya, apatah lagi keadaanku."

Saidina Umar berkata "Hai saudaraku, aku terima keadaan itu kerana jasa-jasa isteriku padaku. Dia seorang tukang masak makananku dan pencuci pakaianku dan yang menyusu anakku, padahal semua itu bukan kewajipannya. Selain dari itu, dia dapat menahan hatiku dari perbuatan haram. Maka kerana semua itulah aku terima saja karenahnya."

Setelah agak lama terdiam, berkatalah orang itu, "Kalau begitu, aku pun begitu juga mengenangkan hidup kita di dunia pun tidaklah lama."


Sumber : Akhbar Syahadah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...