06 June 2011

Mari cegah kanser payudara dari awal

Seorang wanita di Malaysia mempunyai risiko 1 dalam 19 untuk mendapat kanser payudara sepanjang hayatnya. Risiko lebih tinggi di kalangan wanita cina iaitu 1 dalam 14 dan india 1 dalam 15. Wanita melayu risikonya terendah iaitu 1 dalam 24 berbanding dalam 8 bagi wanita di negara maju.

Actually, tajuk ni aku ambil dari majalah Nona keluaran Mei 2011 (Dr. Kamarulzaman Ahmad, Konsultan Perubatan Yayasan Kasih Sayang Selangor). Di sini aku taip balik utk sharing dengan pembaca2 yg nak ambil tahu tentang kanser payudara.

Kakak aku adalah salah seorang bekas pesakit kanser payudara 6 tahun yang lepas. Memang ia memberi tekanan hebat kepada diri dan keluarga... Masa tu, tahap kansernya dah sampai tahap ketiga. Alhamdulillah, episod luka yang melanda family aku telah berlalu. Akak aku dah sembuh setelah mengikuti program-program perubatan dan kemoterapi atas nasihat doktor. Memang sengsara aku tengok akak aku... Kalo tengok pun hati dah hiba, apatah lagi yang dia yang menanggungnya.

Mencegah lebih baik dari mengubati sesuatu penyakit itu. Jadi, aku harap apa yang aku kongsi dapat memberi sedikit ilmu dan transformasi diri tentang kanser payudara...

  1. Jauhi alkohol - wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman beralkohol setiap hari lebih berisiko berbanding wanita yang tidak mengambilnya. Segelas wain sehari mempunyai risiko 7% dan tidak termasuk kaum, berat badan, sejarah kanser dalam keluarga, umur mendapat haid atau menopaus bermula, jumlah kehamilan, penyusuan anak dan pil perancang atau hormon (HRT)
  2. Jauhi rokok- Salah satu punca berlakunya kanser payudara dan kanser serviks.
  3. Bersenam selalu- Berjalan mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 18%.
  4. Pemeriksaan payudara setiap bulan - Bertemu doktor untuk memeriksa tahap kesihatan. Pelajari teknik 'Breast Self-Examination' bagi memeriksa sendiri payudara anda setiap hari.
  5. Amalkan diet lemak rendah - Obesiti meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser lain.
  6. Pemeriksaan payudara setiap tahun- Jika takut atau kurang selesa dengan kaedah Mammogram atau MRI tidak bermakna kita boleh berdiam diri. Ramai yg terlalu lambat menemui doktor kerana sikap menunggu hingga sakit.
  7. Berkeluarga awal - Seorang wanita yang mempunyai anak di awal hidupnya mengurangkan risiko kanser kerana ia meningkatkan jumlah protein p53 bg mengelakkan kanser payudara. Mengandung menyekat kitaran haid seterusnya terlindung daripada kanser payudara dan serviks.
  8. Amalkan penyusuan badan - Tempoh haid ketika mengandungdan menyusu badan mengurangkan risiko kanser. Menapaus awal juga mempu mengurangkan risiko kanser payudara dan serviks.
  9. Sejarah penyakit keluarga - Jika seorang saudara terdekat dalam keluarga mendapat kanser payudara, maklumkan kepada doktor. Kajian genetik dan kaunseling disediakan bg mereka yang berisiko.
  10. Elak mengamalkan terapi penggantian hormon (HRT) - pengambilan hormon berlebihan boleh menyebabkan kanser.


3 comments:

  1. entry berguna...leh share ngan fiza nanti..:)

    ReplyDelete
  2. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul... atau boleh ke blog sya ubatkanserb17.blogspot.com...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...