22 July 2011

Bila Fatih tak sihat.....




Assalamualaikum....

Petang semalam Fatih dah start batuk-batuk. Kalo batuk kuat mesti lepas tu muntah. Malam tadi, dia tido awal tapi pkl 2.30 pagi dia bangun. Mungkin sebab badan dah semakin panas dan semput. Lepas Subuh baru dia tido, itupun pkl 8 pagi dia dah bangun sebab muntah ketika minum susu. Ahhhh.... nampaknya aku kena ambil emergency leave sebab nampak dia dah termengah-mengah. Kena ambil gas kat klinik kalo camni kalo tak, lambat sembuh.

Paling tak tahan masa nak bagi ubat. Fatih memang susah nak diberi makan ubat. Kalo setakat ubat demam, dia tak kisah tapi ubat Prednisolone tu memang pahit. Aku sendiri pun tak lalu nak rasa. Sepanjang 3 tahun ni, rasanya ini kali ke 4 dia semput teruk. Kali ni mungkin sebab jerebu atau habuk. Fatih sensitif dengan habuk terutama asap rokok. Kalo daddy smoking, kena smoke jauh-jauh dari Fatih.... memang tak boleh dekat.

Berikut adalah antara ubat-ubatan yg disyorkan untuk putera tunggalku ini

Dari kiri : Zyrtec syrup, Nurofen Syrup, Prednisolone dan Ventolin

1) Zyrtec - Allergic Rhinitis
2) Nurofen - Demam
3) Prednisolone - Itch/Rash Allergy
4) Ventolin - Batuk dan Asma


Yang ni antibiotic namanya Azithromycin (Zithromax)

Haaa.... ni pula Aero Chamber Fatih dengan Ventolin Enhaler... Selalunya Fatih pakai puff ni berbanding sirap Ventolin di atas.


      Ini adalah gudang ubat dan supplement utk seisi rumah.


    Ada tak ubat atau supplement yang lebih bagus untuk anak yang menghidap asma? Kesian tengok Fatih... Lemah je dia arini......



2 comments:

  1. harap fatih copat sembuh yer...

    * spec tu harga dalam 5rat lebih...

    ReplyDelete
  2. Fatih dah ok skt... Alhamdulillah. Spec tu cantik la tp tak tau padan dgn muka aku ke tak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...