21 July 2011

Gwen Stefani oh Gwen Stefani




Assalamualaikum

Korang minat tak kat Gwen Stefani....? Sape minat cuba angkat tangan macam saye (buat ala Usop Wilcha)... kalo tak minat, buat-buat minat ye. Kalo kawan-kawan rapat mesti tau aku minat sangat kat Gwen. Mr. Hubby pon dah sedia maklum dengan kefanatikan aku tuh.... Mak dgn abah aku je yang tak tau hehehe....


Dulu, Gwen penyanyi utama No Doubt... jatuh cinta dengan lagu Don't Speak, terus layan dengan lagu-lagu dia dengan No Doubt. Lepas tu, dia nyanyi solo diiringi Harajuku Girls. Berangan nak jadi macam dia dulu.... Berangan je lah... Suka dengar suara dia. Tak banyak kontroversi bukan-bukan, cantik dan dia sungguh fashionable. Gwen berkahwin dgn Gavin Rossdale dan punyai 2 orang anak iaitu Kingston, 4 thn dan Zuma, 2 thn... Gwen ni berumur 42 tahun tapi nampak muda lagi.


Tahun 2007 (kalo tak silap aku) Gwen datang Malaysia buat konsert di Bukit Jalil. Bagai nak gila aku cari tiket nak tengok konsert. Naseb baik ade officer kat opis aku dulu yang baik hati dan faham dengan harapan aku nak tgk Gwen tuh. Officer terbabit bagi aku 2 tiket ke sana. Gilo btol masa tu.... Merayu kat Mr. Hubby minta teman aku pergi tengok konsert Gwen.


Memang berbaloi tengok konsert dia sebab suara dia memang powerful, sebijik dalam CD. Takde lagi penyanyi Malaysia yg giler-giler macam dia ni. Kalo setakat tayang body tu ramai le yang ikut tapi bila buat show, pancit. Sekarang aku tengok Lady Gaga nak tiru dia tapi masalahnya over action la pulak. Pasal tu aku minat sangat kat Gwen Stefani, super hot mama...

** teringat dia pakai seluar pendek ala-ala seluar bola **

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...