12 July 2011

Kenapa banyak lagu Melayu yg tak best???

Assalamualaikum….


Kenapa banyak lagu Melayu sekarang tak best? Tak macam lagu dulu-dulu…. Seronok je dengar… Telinga aku ni memang tak boleh terima lagu yg merapu apatah lagi mendengar suara yang tak munasabah masuk menorobos memecah gegendang telinga…. Aduhhhh sakitnya jiwa menahan kerosakan melodi yang sepatutnya indah tetapi menjadi rosak seperti remaja yang kerosakan akhlak…..


Kalo lagu-lagu zaman dulu memang best seperti lagu Sharifah Aini, Francisca Peter, Ziana Zain, Ella, Jamal, Search, Wings, Anuar Zain, Sheila Majid dan banyak lagi.... Lagu-lagu Melayu zaman sekarang pun aku minat juga seperti lagu Yuna, Hujan, Rabbani, Raihan, Meet Uncle Hussin, Siti Nurhaliza, Aizat dan banyak lagi artis yang aku minat sebab diorang memang best gilerrr. Berbakat besar dan low profile….


Kenapa ramai artis sekarang ni lebih banyak kecoh kisah peribadi berbanding kisah bakat sendiri? Alllooo.... aku dah muak dengan cerita basi dan gosip-gosip yang terpampang di TV, majalah dan akhbar harian.... Kadang2 ada juga pertanyaan bodoh yang terpacul yang tak sepatutnya ditanya? Cubalah tanya tentang lagu dia, muzik dia, karier ke, bakat lakonan ke.... jangan le asyik nak buka aib orang... Kadang-kadang aku tak faham dengan media ni.... Suka jaja cerita nak jatuhkan maruah orang. Kesian, ada artis yang glamour kerana kisah peribadi bukan kerana bakat....



Wahh... aku dah banyak melalut. Aku bukannya nak condemn lagu Melayu tapi secara jujurnya aku langsung tak boleh nak menghayati sesetengah lagu-lagu Melayu sekarang ni.... Sesetengahnya suara sedap tapi nyanyi takde penghayatan.... Cubalah nyanyi macam Siti, walaupun lagu biasa tapi tapi feel dia best.... kadang-kadang seseorang penyanyi tu tak boleh la nak buat-buat stail macam orang lain... be yourself sudah le....
Jangan le menyanyi menjerit-jerit macam kak Ponti….


Sebenarnya malas nak layan lagu Indon ni tapi kalo dengar lagu kat radio.... wahhh bestnya.... tup tup lagu Indon la... Ingatkan lagu Melayu. Boleh dikatakan selalunya lagu Indon lebih sedap didengar sampaikan satu masa dulu telinga tak boleh dengar lagu Melayu yang baru-baru. Nasib baik masuknya Indie band melalui XFresh. Barulah terbuka sikit minda nak dengar lagu Melayu.


Bukan aku tak support karya seni tempatan tapi aku tak boleh terima lagu-lagu yang kadang-kadang aku sendiri pon tak faham ape yg diorang sampaikan.... Ade lirik yang kelakar tak masuk akal... Ade yang menyanyi macam sumbang kera…. Jangan le harap pada rupa je… Peminat sekarang sudah tahu menilai…. Asahlah bakat dulu baru boleh berjaya beb…

Cuba dengar lagu Dealova... Tipu lah korang tak minat lagu ni... Aku jatuh cinta dengan lagu tu.... Menusuk kalbu.... Lagi.... lagu Kekasih Gelapku.... Aduhhh sangat syok feel dia.... Penyanyi bukannye handsome pon tapi feel suara meletop habis….


Sekarang tak boleh nak salahkan pendengar sebab pendengar-pendengar sekarang lebih educated dan tahu menilai mana yang bagus....


2 comments:

  1. betul...lagu lama2 jugak yg terbaik...

    ReplyDelete
  2. tu sebab saya syok dengar qasidah. lyric memang best, melody pelbagai. pendek kata memang asyik tapi asyik yang diredhai Allah. I suggest dengar Qasidah Qod Kafani atau Qasidah Burdah sebagai permulaan. hayati lyricnya dan nilaikan sendiri betapa puitisnya kata-kata penyair tersebut.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...