20 July 2011

Ketumbit kembali lagi

Assalamualaikum

Pagi tadi aku ke Klinik Kesihatan Presint 3 dengan officemate aku, Ayu.... Aku kena ketumbit lagi, Ayu pula mata bengkak dan merah berair.... Macam planning sama-sama pula...

Pelik lak ketumbit ni boleh tumbuh balik di tempat yg sama tapi tak seteruk dulu.... Dulu sampai mata merah berair... tapi kali ni bengkak sikit je.... Doktor kasi 5 jenis ubat....

  1. Sodium Chloride Eye Drops (ubat titik)
  2. Chloramphenicol Eye Ointment (krim sapu kat mata)
  3. Chlorheniramine (ubat gatal tapi sebenarnya ubat selsema)
  4. Prolase tablet untuk dihisap sebelum makan (hilangkan bengkak)
  5. Paracetamol tab (demam atau sakit kepala)
Dulu pergi klinik swasta di Bangi, kena lebihkurang RM50 untuk 2 jenis ubat tapi pegi klinik kerajaan RM1 je. Pergi klinik swasta kena tunggu lama jugak malah layanan doktor swasta tu langsung tak memuaskan hati. Doktor presint 3 tadi sungguh baik hati, siap suruh aku buat medical check up lagi. Selamat fulus aku. Memang berbaloi pergi klinik tu...

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...