07 July 2011

Khasiat sebiji epal

Assalamualaikum


Beberapa hari lepas, aku check darah kat tempat kerja ni. Senang je.... turun lif terus boleh cek kesihatan... Tak payah gi klinik tapi sayangnya kesihatan aku semakin kurang memuaskan. Almaklumlah, hari2 makan nasi lauk kampung, tambahan pula kengkawan kat ofis ni bermurah hati belanja nasi lemak, nasi kerabu, nasi berlauk untuk sarapan pagi. Ade pula kengkawan suka belanja fast food... Alhamdulillah senang hati aku menerima semua rezeki yang diberi Allah.


Tapi dalam kenikmatan itu, kolesterol aku juga semakin tinggi, gula dalam darah pun naik juga.... padanlah badan aku semakin naik macam hippopotamus terlantar di zoo negara... comel tapi gomok.... (T_T)


Setat minggu ni, pagi-pagi aku amalkan makan ataupun minum jus epal hijau utk kesihatan seorang hyppo....

**Entri di bawah ni diambil dari :drrozmey.wordpress.com**




Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...