21 July 2011

Lepak di Taman Putra Perdana

Assalamualaikum

Minggu ni, terbit semangat dalam hati untuk melakukan pergerakan fizikal.... Lalu aku mengajak Mr. Hubby teman aku gi exercise di Taman Putra Perdana yang terletak di hadapan Hotel Shangri La Putrajaya. Fatih boleh main kat playground. Selalunya aku aerobik dengan Fatih kat rumah sambil dengar lagu Barney.... Itu pon seminggu sekali kalo rajin. (punyalah malas nak exercise).

Tetapi bulan lepas berat badanku naik mendadak hampir melepasi BMI... Naik 5kg wooo... terus ada kesedaran untuk melakukan senaman dan latihan berjalan kaki pusing satu taman. Takut oooo obesiti, aku pula sukakan makanan manis. Banyak penyakit, susah hati nanti.

Dah seminggu exercise dan kawal selera makan baru turun 1.5kg je.... Susahnya nak jadi ringan, kalo nak jadi berat senang je... Ikut selera makan, confirm esok lusa naik berkilo-kilo..... Aku pernah cuba berdiet tapi tak boleh jalan... Kena bersenam jugak.... baru nampak hasil.

Sekarang kalo boleh setiap hari nak ke sana. Minggu ni dah 3 kali aku ke sana. Bukan aku nak kurus saja tapi aku nak jaga kesihatan juga.... Lepas kerja je terus ke sana. Kalo hubby takde, kawan-kawan lain pun ade... hehe...

Kat bawah ni, Mr. Hubby ade snap gambar ....





Gambar bawah ni, Fatih tengah buat projek sdn bhd.... ibu dgn daddy jgn kaco... Patut le senang je nak ajak balik.... Ishhh.... Bucuk...



Thanks to: Mr. Hubby

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...