14 July 2011

My Wish List

Sebenarnya banyak perkara yang aku nak lakukan sepanjang tahun ni tapi aku ternyata kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Banyak perkara yang terpaksa ditangguhkan gara-gara keadaan tak mengizinkan.... Antara faktor-faktornya yg tidak termakbul lagi adalah belum ade rezeki, kelapangan masa dan juga ekonomi yang lembap macam siput sedut.....

Antara wish list aku untuk tahun ni:

1. Nak pregnant! Aduhhh bila aku ada rezeki nak timang cahayamata ni ye ;P. Korang doakan aku dapat baby yang sihat dan comel ye... Mudah-mudahan doamu dimakbulkan.



2. Nak settlekan hutang belajar aku hihi.... (ni wish setiap tahun tapi tak langsai-langsai lagik)


3. Nak gi holiday di Pulau Langkawi. Korang mesti gelak kat aku kalo aku kabor yg aku tak pernah jejak kaki ke sana... wakakaka..... Dulu ada ofis buat family day ke sana, gatal tanak pegi. Padan muka aku!




4. Nak decorate bilik putera kesayangan aku macam gambar di bawah ni.... (besar selera den)


5. Nak beli camera ni....

6. Nak kuruskan badan.... Hahaha... Berpuluh-puluh orang mengatakan aku dah tembam... Susahnya nak dapat berat badan yg ideal. Kena rajin bersenam dan jaga makan lepas ni. dapat turun 5kg pun cukup lahhh.... Came on yus, u can do it!!!! Puasa nanti tengok la ye hehe....


7. Nak sandal Clark ni masa raya nanti...


Senarai di atas adalah wishlist di dunia semata-mata. Dalam kita mengejar wishlist di dunia, kita juga kena seimbangkan dengan wishlist di akhirat nanti.....


Antaranya ialah:

1. Kalo boleh nak belajar mengaji. Almaklumlah mengaji pon tak berapa pandai tajwid... (T___T) Bini sapo la ni?

2. Nak solat 5 waktu tepat pada waktunya..... terutama pada waktu Subuh yg selalu missed.

3. Nak tambah ilmu tentang agama.... sangat maklum yang hidup di dunia tidaklah lama.

4. Nak pergi Mekah....

5. Nak banyakkan amal jariah dan bersedekah apa yang mampu kepada insan yang lebih memerlukan. Kalo mampu nak tolong mereka yang di luar tu yang miskin, yang menghidap penyakit kronik... tapi apakan daya, aku tak termampu...


Kepada yang berkemampuan, bantulah insan-insan yang memerlukan bantuan kebajikan sebab segala amal jariah akan tolong kita bila kita di sana nanti......


Sebagai manusia biasa, tentulah banyak wishlist dalam kehidupan kita.... Tu tak termasuk nak beli rumah besar, kereta besar, handphone canggih dan macam-macam lagi. Apa-apa pun kita haruslah bersyukur dengan apa yang ada. Sekurang-kurangnya kita masih lagi bernafas dan mampu mencari rezeki di muka bumi Allah ini.

4 comments:

  1. wishlist yang sangat baik dan bertepatan dengan keadaan. semoga Allah SWT memakulkan segala yang diminta Amin Allahumma Amin.

    ReplyDelete
  2. salam..mari lihat telekung cantik dan murah sempena ramadhan..

    ReplyDelete
  3. Assalam, wish yg 1st tu samalah dgn kita...pon masih belum termakbul

    ReplyDelete
  4. Salam..penah tak u try pakai premium beautiful corset..selain dr loose weight n shape yr body, its one of ikhtiar bagi org2 yg mencuba utk conceive jugak...kita mencuba..Allah yg menentukan segala galanya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...