06 July 2011

Orang Janda Baik memang baik-baik



Assalamualaikum

Baru ada kelapangan update blog. Cuti sehari je tapi macam seminggu aku tak datang kerja. Kerja banyak bertimbun-timbun... Kakak kat sebelah aku tu susah hati kalo aku takdo hihi... Nampak sangat sayang dia kat aku...



Sabtu lalu, anak buah aku bertunang (anak along yg no. 2).... Tahun depan dapatlah anak buah menantu....



Selamat Bertunang Angah....




Ahad pagi aku bergerak ke Janda Baik untuk bawa mak dgn abah jalan-jalan. Pada awalnya aku nak bawa gi Melaka tapi mak sakit kaki tak boleh jalan lama-lama, abah pula tak suka tinggalkan rumahnya lama-lama. Akhirnya aku buat keputusan pergi ke Janda Baik jela... Kat sana udara fresh. Nyaman je... Senyap sunyi lebih-lebih lagi waktu malam. Lokasinya pun dekat dari Seremban.




Sampai di sana singgah kat air terjun.... Aku teman Fatih main air... Fatih kalo jumpa air memang tak boleh bertolak-ansur. Mesti kena ikutkan kehendak dia.



Akukah si debab tu? Ewahh... Skrg bkn Fatih yg debab tapi ibu dia telah ambil alih.



Lepas tu, check in di Cherengin Hills Convention & Spa Resort....









Pagi petang si kecik berendam dalam pool ni.... Orang dah takde. Semua dah balik, terasa macam swimming pool kat rumah sendiri lak....



Actually kat sini ternyata hanya ada pokok-pokok besar, bukit bukau yang berkabus dan udara yang segar lagi nyaman.



Map kat depan hotel untuk rujukan pengunjung2 untuk berekreasi.



Satu perkara yang aku perasan ialah.... mungkin korang ingat kat sini hanya janda yang baik tapi bagi aku, bukan setakat janda, semua orang memang baik-baik belaka. Kisahnya, aku gi makan kat sebuah kedai makan, kalo tak silap nama kedai tu "Paklong dan Makdak Cafe". Sedang menunggu makanan, family aku dgn family tokey kedai tu boleh sembang macam dah kenal lama. Rasa macam tanak balik pulak. Orang di Janda Baik memang friendly dan tak sombong langsung.... Orang Janda Baik memang baik-baik.....






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...