11 July 2011

Puding Karamel ala-ala Kak Nani Rostam

Jumaat malam lepas, aku dgn Fatih tinggal berdua je di rumah. Mr. Hubby keluar ada hal. Keboringan melanda apabila si kecik ni dah tido.... Nak tengok tv, rancangan sgt boring. Nak surf internet, internet plak slow motion jek... Nak masak, aku tengah on diet... Nanti sape nak makan, aku jugak yg kena makan. Bila dah makan, lemak-lemak terkumpul di badan ni makin bertambah sayang kat aku... Susah betul nak berenggang. Sedang keboringan yang tahap maksima melanda.... tiba-tiba terpandang telor-telor yang montel-montel atas peti ais aku yg comel tu... Nak watpe ye dgn telor tu? Ahhhh.... teringat pulak Kak Nani punya puding karamel tu.... Sgt gebu dan sedap.....



Resepi di bawah adalah diambil dari model 80-an ye... harap maklum




Langkah 1...



Sediakan periuk pengukus di atas api dapur.



Langkah 2



2 sudu makan gula

Sebji loyang.


Cara-cara...masukkan gula di dalam loyang dan letak loyang di atas api dapur dalam masa lebih kurang 2 minit. Kacau gula sehingga berwarna kuning pekat keemasan. Angkat dan ketepikan.



Langkah 3


7 biji telur grade A.

1 tin susu pekat.

1 tin air (guna tin susu tadi)

1 sudu teh esen vanila (imported)


Cara-cara....dengan menggunakan sudu garpu, pukul telur menggunakan tangan sehingga sebati. Masukkan susu dan air....kacau lagi dan masukkan esen vanila. (Masa mengacau dianggarkan selama 5 minit).


Selepas itu tuang bancuhan telur tadi ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi dan kukus.


Dalam masa 20 minit...angkat dan telangkupkan di atas pinggan besar. Potong dan sejukkan sebelum di makan.



Buat pengetahuan korang, puding ni aku dah buat banyak kali. Rasanya ini kali ke 10 kot tapi puding karamel yg kali ni paling sedap dan tak berlubang2 macam spongebob. Di bawah adalah hasil buatan ku sendiri....



Hasilnya sangat memuaskan hati.... Terima kasih kpd Kak Nani kerana sudi kongsi resepi Puding Karamel yang begitu marbelles.... Mr. Hubby pun sgt suka. Sekian.

2 comments:

  1. alolo yus dah memang pandai masak .....mestilah jadi....anyway tahniah....and tengs dear sebab percaya dengan resepi kak nani.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...