25 July 2011

Sedihnya aku di pagi Isnin.....

Assalamualaikum...

Hari Isnin adalah hari sepatutnya menjadi hari yang penuh bersemangat untuk pergi kerja. Yelah, kita masih lagi diberi ruang waktu untuk hidup dan bernafas di muka bumi Allah ini. Tapi pagi ni, aku beras terlalu sedih.. Nak tahu kenapa?

Masa aku parking kereta tadi, aku bawa cd Qasidah yg selalu didengarkan dalam kereta. Disebabkan aku tak tahu maknanya, aku bawa cd tersebut naik ke ofis. Kononnya aku nak dengar dan selami maknanya. Mr. Hubby pernah beritahu, "Cuba awak fahami maknanya, pasti awak terpesona dengan kata-kata indah tentang pencipta kita iaitu Allah SWT".


Cd tu selalu dimainkan dalam kereta aku. Fatih juga suka dan mula menyebut Allah melalui cd tu... Aku bukannya nak cerita tentang anak aku atau cd tu cuma aku terkilan sebab ada juga pihak yang tidak menyenangi dengan irama Qasidah yang memuji Yang Maha Mengasihi lagi Maha Mengasihi...


Aku pasang cd tu perlahan sahaja untuk muhasabah diri aku dan supaya kalian dengar dan kenali serta fahami makna Qasidah.... Bukannya aku pasang kuat-kuat macam tak tahu menghormati hak orang lain. Aku memang nak tahu sangat maknanya tapi aku tak sempat untuk cari ertinya lagipun cd tersebut tak punyai tajuk. Mengganggu sangatke sampai kau boleh tempelak dan mengajuk aku pasang cd Qasidah tu.... Demi Allah, aku sebenarnya tak mahu ganggu kalian.


Masa mula Mr. Hubby pasang cd tu pon aku memang tak biasa dan tak faham tapi sekurang-kurangnya bertanyalah dulu aku pasang cd apa.... Boleh aku terangkan kat korang yg cd tu adalah cd Qasidah.... Tu yang buat aku terlalu sedih... Terlalu sedih dan rasa bersalah sebab aku tersalah tempat untuk pasang cd tu.... tak pasal-pasal ada pihak yang menyuarakan ketidak senangan hati untuk mendengar irama yang sepatutnya membuatkan kita insaf dan berasa kerdil di muka bumi ini...


Semoga Allah mengampunkan aku.....



1 comment:

  1. tak terbuka hidayah seseorang tu melainkan dengan izin Allah & tak terhalang hidayah Allah oleh sesiapa jika Allah mengkehendakinya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...