31 July 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Assalamualaikum.....


Esok seluruh umat Islam akan berpuasa. Sempena di bulan mulia ini aku memohon ampun maaf sekiranya aku ada terkasar bahasa sepanjang aku menulis di blog aku ni.... Semoga Allah memberkati puasa kita di bulan Ramadhan yang penuh mulia ini....


Marilah kita dekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Mudah-mudahan terhapus dosa-dosa yang lalu dan dibukakan pintu taubat..... Semoga kita semua menjalani amal ibadah dengan sempurna dan penuh kesyukuran kerana kita masih lagi berpeluang untuk meraikan bulan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh kaum Muslimin.


Sedarlah bahawa ramai lagi orang yang kurang bernasib baik, hidup dalam kemiskinan dan kebuluran di luar sana. Semoga puasa ini, kita insafi diri kita yang selalu terlupa bersyukur dan marilah kita doakan agar insan-insan yang kurang bernasib baik di luar sana hidup gembira dan menemui cahaya kehidupan.


Selamat berpuasa kepada semua kaum Muslimin dan Muslimah yang dihormati dan dikasihi.....



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...