22 August 2011

Akhirnya aku memilih Neo...

Assalamualaikum.....

Raya makin dekat tapi aku bershopping tahap kura-kura. Pakai apa yang ada sudah le.... Baju raya dah beli awal. Setakat 2 pasang baju kurung jadilah... Selebihnya aku pakai baju kurung tahun-tahun lepas... hehe.

Hubby aku lagi best. Tahun ni dia cakap tak nak baju raya.... Dia hanya nak pakai Kurta je. Suka hati dia je kan :). Sungguh jimat.... Bagus kalo setiap tahun macam ni.

Untuk Fatih, anak teruna aku yang seorang tu sudah aku sediakan sepasang baju melayu, sehelai kemeja, 2 t-shirt, 3 helai jeans serta sepasang kasut Mickey. Kasut tersebut aku terpaksa sorokkan memandangkan dia sudah jatuh cinta kat kasut tersebut. Kalo tak, menangis tak dapat tahan perasaan bila tak dapat pakai kasut tersebut.

Semua tu kami dah beli sebelum puasa.... Beli kerana tak mahu bersesak dengan orang ramai.

Meskipun aku tak shopping di bulan Ramadhan ni, aku memendam hajat untuk beli kamera Nikon seperti di Wishlist aku yang lepas. Dah 2 kali aku masuk di kedai Nikon Alamanda.... Harganya RM 1,198.... Brother tu pun sabar je melayan soalan tak masuk akal dari aku.

Masalahnya, aku punyai masalah dengan Blackberry kesayangan aku kerana asyik makan kredit aku sampai beratus RM. Sudahnya ku pilih Xperia Neo. Puas hati aku.... Takpelah kalo tak dapat kamera pon takpe. Pakai kamera Neo.... Selamat berkhidmat Neo..... Boleh sambung blogging by Neo.... (Ayat poyo!)

Selepas ni, kena fikir tentang kecacatan kereta yang aku langgar tiang minggu lepas... Sila collect duit dari simpanan ye.... Sape suruh cari bala. Sendiri buat sendiri tanggung....

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...