18 August 2011

Jualan Metrojaya di PICC tak mengancam?

Assalamualaikum......

Semakin dekat raya, semakin menjadi-jadi jualan raya di kawasan kediaman aku ni.... Makin runsing hubby melayan kehendak perasaan aku yang membuak-buak untuk bershopping. Ye lah, macam mana aku nak tahan perasaan, tapak jualan hanya beberapa km je dari rumah... Kalo kat KL tu, lain cerita lah kan jauh dari pandangan mata. Betul tak En. Achoi?

Malam tadi, hubby tengok aku tersengih2 kat dia sambil kelip2 mata.... Dia macam faham-faham je apa yang aku nak..... Nasib baik dia nak temankan aku ke PICC. Saja cuci-cuci mata....

Lebih kurang pukul 9 mlm aku dah terpacak dalam dewan PICC tu.... Ternyata ramai sungguh shoppaholic di Putrajaya ni. Yang bestnya, aku boleh terjumpa lak kawan sekolah merangkap kawan sekolej merangkumi officemate aku sekarang yang juga seorang shoppaholic berkaliber di tengah lautan manusia tu.... Kelakar kan....

Mulanya hubby cakap "Baby kat dalam stroler tu muka macam Syahmie kan".
Aku pun tgk lah kat baby tersebut "A'ah lah, dy". (dalam hati aku berkata, "ni memang anak Ayu lah tapi maknya mana).

Tiba2 nampak kelibat mak eh.... Sah... Tapi baby dalam stroller bukan Syahmie tapi adiknya si Syafiq. Muka fotostat sama. Si Syahmie sebaya dgn Fatih, dah 3 tahun.

Kalo dah namanya kaki shopping, dunia luas ni pun boleh jumpa di tempat shoppping.

Actually, jualan di sana bukan best sgt pon. Sama macam tahun lepas. Rasa aku lah kan, tahun lepas lagi best. Banyak juga kasut yang cantik, handbag cantik. Tahun ni macam nak buat clearance stock jek. Pendapat aku la kan, tak tau pendapat korang yang dah pergi.... Sebab aku cari kasut malam tadi, banyak design tak menarik je yg murah.... Kasut yg cantik pon tak ada sangat.... Yang aku berkenan cuma balang kuih raya yang berharga RM 99.90. Sudahnya balik tangan kosong.... Selamat pulus aku.


3 comments:

  1. hehe, aku dh agak mesti jumpe ko kt cna punye la...tp mmg tk best la kan, smlm beli brg megat je... apela wat mcm ni , watla lain dr yhg lain.

    ReplyDelete
  2. a'ah tak best. barang2 yg tak best dijual. apada....

    ReplyDelete
  3. smlm ade kat putrajaya...tatau ade sales... anyway salam kenal rakan blogger :) n thnks ucapan tadi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...