19 August 2011

Tolong bagi isyarat jika tak mahu keluar parking ye....

Assalamualaikum.....

Cerita ni dah lama aku simpan dalam hati. Bukan penting sangat pun tapi kena cerita jugak. Macam ni ceritanya, ada satu malam tu aku keluar dengan hubby dan Fatih... Masa tu Fatih dah tido. Sampai kat parking, parking full. Pusing sekali, tengok ada seorang brother macam nak keluarkan kereta. Kami pun tunggu la dia keluar sbb nak take over parking dia tu. Masalahnya, dia duduk je dalam kereta, agaknya dia nak panaskan enjin kereta or tunggu orang lain. Dia telah membuatkan kami menunggu lama kerana menyangkakan dia mahu keluar tapi dia buat butakan mata dan pekakkan telinga.


Aku tak marah kalau ko nak tunggu berjam-jam dalam kereta ko tu tapi masalahnya, ko telah buat kami tunggu lama-lama kat belakang kereta ko.... Tak boleh ke ko angkat tangan bagi isyarat yg ko tak nak keluar dari parking tu. Bangku punya Melayu. Tak tau adab.... Minggu lepas pun aku ada terkena peristiwa yang sama kat Alamanda. Tolonglah prihatin sikit dengan orang lain. Orang lain pun ada perasaan. Jangan buat tak nampak je....


Selalunya kalo bangsa lain, (sorry ye aku tulis di sini...) Diorang akan bagitahu yg dia tak keluar dari parking, jadi aku boleh cari tempat lain dan tak bazirkan masa untuk menunggu dia.


3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...