26 September 2011

Al-Fatihah buat bapa mertuaku....

Assalamualaikum....

Lama aku menyepi diri kan.... Actually aku sendiri sibuk dengan pelbagai peristiwa.

Tanggal 15hb Sept. 2011 bersamaan 17 Syawal 1432H, selepas solat Maghrib bapa mertua aku menghembuskan nafas terakhir. Segala-galanya berlaku begitu pantas. Kami dapat tahu tentang penyakitnya seminggu sebelum dia pergi. Memang dia nampak kuat sebelum itu dan kami pun tidak mengesyaki apa-apa tetapi dalam tempoh seminggu itu terlalu pantas dirasakan.

Segala-galanya telah tertulis. Dia pergi dengan langkah yang baik..... Semoga roh Arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat arwah bapa mertuaku....

1 comment:

  1. Manusia datang dan pergi... manusia yang beruntung adalah mereka yang membawa amalan sebagai bekalan.. namun walaupun ramai tahu, ramai yg masih leka? Pelikkan?

    Takziah dari saya.. Admin: http://www.pelikbinajaib.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...