10 October 2011

Toilet canggih punya pasal



Assalamualaikum & Salam Sejahtera......


Ni aku nak cerita satu kejadian yang menimpa aku dgn si dobot semalam. Makcik-makcik Mr. Hubby datang menginap rumah kami utk 2 malam, so semalam diorang nak bershopping di Masjid India. Diorang nak beli barang sikit untuk buah tangan untuk balik ke Singapore nanti. Datang rumah kami hari Jumaat, ahad dok kat Kl utk satu malam dan diorang menginap di Corus Hotel. Pukul 12 tghari, kami sampai di hotel untuk diorang check in. Masa diorang tgh register di lobby, Fatih pulak nak buang air kecil. Aku pun hantar le si dobot ke toilet... Masuk je dalam toilet, Fatih duduk atas mangkuk tandas dan shi~shi... Aku tengok toilet bowl canggih bukan main.... Nak cuci, air kuar dari dalam toilet bowl macam kat opis aku tapi ni lain sikit sebab banyak button kat sebelah toilet bowl tu. Jadi jakun aku jap.... 


Macam ni lah lebih kurang rupa toilet yang mendajalkan aku semalam

Ok, sambung cerita.... Dah habis Fatih shi~shi, maka aku pun buka pili yg ade yg sebelah dobot. Mula-mula buka sikit je, nape tak kuar air ni? bisik dalam hati. Pastu aku pulas la lagi, nape tak kuar air lagi ni. Pastu aku pulas la lg.... Air punya la kuat tersembur menghala ke pintu. Habis basah kena aku nye baju dgn tudung. Henbeg aku, ngan suar Fatih yang aku sangkut kat pintu pun habis lencun..... Nasib malang betul semalam. Memang salah aku semalam.... Si Fatih menjerit tengok aku macam Badang nak naik marah. "Tatut bu.... Fatih tatut...", jerit Fatih. Bila aku tgk Fatih ketakutan, terus aku tergelak bagai nak gila sebab jakun nak guna toilet canggih. Kesian anak aku... Terperanjat dgn kejadian yg tak disangkakan tu. Actually aku yang super terkejut.

Sebelum ni pernah kena gak camtu tapi masa tu kitorang gi mandi-manda kat The Lost World of Tambun. Kejadian berlaku masa kami dah nak balik so kami gi mandi kat dalam shower dan tukar baju. Mula2 aku gi mandi dan siap cun-cun. Hubby tunggu Fatih kat luar.  Pastu aku ambil Fatih kat luar dan bawa masuk dalam shower utk mandikan Fatih.... Tengah layan sabun badan dia, si Fatih boleh buka shower tu. Buka bukan sikit-sikit punya. Sampai habis dipulasnya shower tu. Nak marah pun  tak guna. Fatih masa tu baru 2 tahun. Apa yang dia tau..... Mencabar nak jaga budak sorang ni.... Sudahnya aku balik dgn baju basah kuyup macam baru lepas redah hujan lebat. "Sabar ye ibu.... Fatih minta maaf", mungkin itu perkataan yang terpacul kalau dia boleh cakap masa tu....



Bila dikenang-kenangkan balik, semua tu kenangan manis aku ngan anak aku. Memang selalu aku terkena air bila tengah cuci tut dia... Fatih suka sangat main air, main flush (kalo flush automatik lagi dia suka). Kalau gi makan, suka basuh tangan kat sinki. Kadang2 tekak aku hilang selera nak bila dia ulang-alik nak basuh tangan kat sinki lagi-lagi kalo sinki yang tak berapa nak bersih tu.....

Hakikatnya, aku rasa belum puas nak main-main dengan putera aku yg seorang tu.... Cepat sangat dia besar... 



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...