07 October 2011

Hukum Hudud

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Haaaa..... pagi-pagi aku dah terbaca harian Metro yang memaparkan gambar Wardina Safiyyah yang menyarankan rakan artis dan selebriti merujuk kepada pakar (ulama) terlebih dulu sebelum memberi komen mengenai hukum hudud sama ada wajar ataupun tidak di laksanakan di negara kita.

Semalam aku pon dah baca pandangan artis-artis tersebut yang aku rasa pandangan peribadi yang nak menjaga periuk nasi mereka. Aku nak tekankan di sini, hukum hudud ini memang tertulis di dalam Al-Quran. Kita sebagai umat Islam tidak sepatutnya sesuka hati memberi pandangan yang mengikut logik akal fikiran semata-mata. Isu hukum memang menjadi isu yang paling sensitif terutamanya ia melibatkan agama dan bangsa.

Aku memang menyokong kenyataan Wardina supaya berhati-hati dalam memberi pandangan mengenai isu hukum-hakam ni agar tidak menyinggung perasaan sesiapa dan kata Wardina lagi, artis dan selebriti  sewajarnya memberikan fokus hanya pada bidang yang diceburi mereka seperti pengalaman, seni, filem, muzik dan lakonan.

Bagi aku, yang paling bodohnya wartawan yang tanya artis-artis tersebut sbb buat apalah ko tanya artis bab hukum agama ni, baik korang tanya karier artis je... Kan dah kecoh satu Malaya.

Sekian saja tazkirah aku pagi Jumaat ni....  :)

1 comment:

  1. Jangan kata hudud yg datangnya dari Allah itu tak sesuai, kerana Al-Quran itu adalah panduan hingga akhir zaman sesuai untuk semua baik BN, PAS, PKR, DAP, artis, mak andam, reporter, driver dan sebagainya.

    Kalau mengantuk - tidurlah
    Kalau sakit - berubatlah
    Kalau tak ber'ilmu - tuntutlah
    Kalau tak tahu - Diamlah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...