13 October 2011

Pengenalan Fatih dengan Thomas and Friends

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....


Petang Selasa lepas, sementara menunggu Mr. Hubby balik dari tempat kerja, aku bawa Fatih ke Pasar Tani untuk menjamu mata dan mengalas perut yg menyanyi lagu keroncong. Pkl 5 ptg je terus menuju ke rumah pengasuh Fatih lalu menuju ke Pasar Tani. Sampai je di sana, mata anakku terus tertumpu pada gerai yg menjual mainan "Bu, nk Thomas & fens", Fatih dah start irama merengek. Ni yg aku lemah ni. Lagi-lagi Thomas.... Akhirnya aku belikan wordpad Thomas seperti gambar di bawah.


Excited nak buka juga dalam kereta


Masa dia berumur kira-kira setahun lebih Fatih minat tengok Hi-5. Macam VCD aku belikan. Ada siri Holiday, Animals, Birthday dan macam-macam lagi. Seronok tapi anak aku ni seorang yg cepat boring. Pastu berpindah ke Barney pulak. Barney pun best sebab dia banyak nyanyi dan contoh tauladan yang baik. Barney ajar sayangkan baby dan alam sekitar. Belajar ABC, 123, sharing, please and thank you. Hinggalah dia tiga tahun, aku belikan VCD 4 in 1. Dalam VCD tu ada Barney, Bob the Builder, Thomas and Friends dan juga Pingu.


Mula-mula dia suka tgk Barney dan Pingu sampai dia cakap serupa Pingu. Fatih lambat cakap sampaikan aku nak gi wat check kat doktor. Nak tau gak  sebab apa lambat cakap.


Pastu tengok Bob (sekarang pandai nyanyi lagu Bob the Builder) dan akhirnya dia jatuh cinta dengan Thomas and Friends. Masa mula-mula pasangkan VCD tu, dia takut sangat dengan Thomas sbb muka Thomas kan buruk sikit tapi aku ajar gak sebab  Thomas tu umpama orang bacakan dia buku cerita. Sudahnya dia dah pandai minta belikan barangan Thomas. Dekat 3 tahun baru dengar dia berinteraksi. Itupun setelah kawan dengan Thomas.


Aku suka belikan VCD sebab anak aku susah nak tumpukan perhatian bila aku ajar dia guna buku. Kalo aku guna flash card pon, sekejap je. Tapi sekarang ni bila nampak pen dgn kertas, mesti suruh aku atau Mr. hubby lukis kereta, lori, bas dan juga Thomas. Kalo Mr. hubby lukis boleh tahan juga la rupa. Ni kalau aku yg melukis, meraung anak aku tgk lukisan aku hahahahaa..... 




Kalau dalam kereta aku selalu pasang CD Maher Zain dan Qasidah. Mesti tak boleh dengar radio. Jadi, dia nyanyi siap angkat-angkat tangan lagi hehe... Alhamdulillah, fatih dah kenal huruf ABC dan 123. Cuma sekarang aku tengah ajar dia menulis sikit-sikit. Taknak paksa-paksa, nanti dia bosan. Cakap pun dah boleh walaupun pelat sekurang-kurangnya dia dah boleh cakap apa yang dia mahu.




Setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka tapi kita sebagai ibubapa jangan terlalu memaksa anak-anak untuk dapatkan yang terbaik kerana ia akan menjadi tekanan buat anak-anak. Jadikan ibubapa kita contoh dalam mendidik anak-anak kita. Yang baik dijadikan panduan, yang buruk dijadikan tauladan. Aku sebagai seorang ibu tentunya ingin menjadi seorang penyokong minat anak aku tak kira dalam bidang apapun asalkan ia berlandaskan agama dan nilai-nilai kemanusiaan.






Sekian.











No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...