22 November 2011

Peneman Fatih, Ibu dan Daddy....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Cuti sekolah dah mula dan jemputan kenduri-kendara pun bukan main hebat lagi. Dari minggu lepas sampai hujung tahun ni, memang ramai yg kahwin, sunatkan anak lelaki dan macam-macam lagi. Krismas nanti ofis aku buat family day... Tak tau dapat pegi ke tak....


Actually aku pernah buat wishlist untuk tahun ini.... Ada yang dapat ditunaikan, ada yang tak dapat lagi. Belum dapat keizinan dari Yang Maha Esa lagi. Semoga next year tertunai hajat, especially yang no. 1 tu... Almaklumlah tak lama lagi umur nak masuk 3series hehe.... Terbayang-bayang je muka Fatih masa baby dulu..  Kesian fatih takde kawan lagi... Tapi sekurang-kurangnya dah seorang jadi penghibur duka lara.... Alhamdulillah, syukur pada Allah.


Sekarang ni fatih dah boleh jadi peneman gi pasar tani walaupun kena bagi upah mainan murah-murah tu. Jadi peneman ibu dia yang sangat penakut nak iron baju kat bilik belakang bila daddy takde. Boleh jadi tukang karut bila aku malas nak kemas rumah. Boleh jadi bantal busuk ibu bila nak tidur malam. Boleh jadi sokongan untuk ibu terus mengembangkan bakat dalam masak-memasak... Kadang-kadang boleh gaduh-gaduh sebab nak baring sebelah daddy.... Gaduh sebab dia asyik nak tidur tengah antara ibu dgn daddy... Buruk perangai kan... hehe....


Segala-gala keputusan aku mesti fikirkan tentang Fatih. Nak beli DVD pun kena fikirkan fatih tau.... kena beli cd untuk dia juga. Pasal cuti-cuti ni pun, aku terfikir juga nak bawa dia berjalan ke mana sebab kalau nak jalan jauh-jauh mesti kena plan betul-betul sebab nak bawa hero aku ni.... Cukup lah pengalaman aku bawa dia naik kapal terbang masa dia kecil dulu. Masa tu umur dia tak cukup 2 tahun lagi, meragam dalam flight sepanjang 2 jam lebih. Semua dalam flight memang beri perhatian pada dia, siap dapat mainan dgn coklat lagi.....


Itu baru anak seorang, belum lagi kalau anak berderet. Segala-galanya Allah je yang tahu bila masa yang sesuai... Kita manusia hanya boleh merancang tapi Allah yang menentukan.... Kita boleh cakap senang je buat anak tapi tanggungjawabnya amat berat sekali. Bukan senang nak jaga amanah Allah ini.


Cukuplah dengan kisah sedih tentang pembuangan anak... buatkan aku rasa marah dan benci pada orang yang tak berhati perut tu. Kalo dah pandai buat anak, kenalah pandai-pandai nak cover.. Jangan sampai lahir je nyawa terus dibuang ke longkang.... Gila betul manusia macam ni....


Ya... aku memang menantikan anggota baru dalam keluarga ini.... Semoga Allah kabulkan doaku ini.... Amin.


2 comments:

  1. kerenah anak selalu buat kita terhibur kan...=)

    ReplyDelete
  2. Ladysirna: ya.. selalu buat kita terhibur walau kdg2 terpaksa bersabar juga dgn kerenahnya =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...