29 November 2011

Telur Bungkus pasti sedap.....

Assalamualaikum....

Korang pernah try makan telur bungkus tak.... Ala kalau beli kat kedai siam sure tak sesedap buatan tangan sendiri. Jom kita try buat nak....

Bahan-Bahan:

  • Daging cincang - anggaran segenggam tgn dewasa
  • Mix veggie - aku guna carrot, kacang panjang je sbb hubby tak suka sayur banyak
  • 1/2 bawang besar-potong dadu
  • 1 biji bawang putih - dilenyek, cincang kasar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap - kicap manis lagi best
  • 2 biji telur - dipukul sedikit
  • Garam & gula - secukup rasa
  • Lada sulah - secukup rasa(xde pun xpe)
  • Minyak utk menumis


  1. Perap daging cincang bersama-sama dgn garam,gula & lada sulah dlm 10-15minit.Kemudian goreng daging t'sebut.
  2. Setelah air daging hampir2 kering,masukkan bawang besar & bawang putih.Kacau biar serata.klu nak tumis bawang besar & bawang putih dulu seblm masukkan daging pun boleh gak.t'pulang pd masing2 la.
  3. Bila bawang besar mulai layu,masukkan kesemua sos & kicap.Kacau sampai sebati.
  4. Kemudian masukkan mix veggie.Kacau biar serata & agak2 sayurnya dah mula layu,boleh le padam apinya.
  5. Dalam kuali lain,panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul.Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.
  6. Letak daging cincang yg tlh dimasak ditengah2 kuali.Lipat telur t'sebut & letak piring.T'langkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang.SIAP!!!  Selamat Mencuba ye....

Belajar resipi dari : Myresipi.com

2 comments:

  1. Betul tu. Apa kelas susah payah pegi restoran semata-mata nak makan telur. baik masak sendiri. Jimat banyak tu

    ReplyDelete
  2. Norasikin: sedapkan buatan tangan sendiri. Unlimited hehehe....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...