08 December 2011

Jalan-Jalan Terengganu Part 2

 Assalamualaikum....


Sambungan dari Part 1.... Pagi Sabtu tu, aku dgn teman-teman wanita serta anak-anak begitu bersemangat untuk shopping-shopping tak hengat di Pasar Payang. Yang lebih bersemangat adalah para ibu-ibunya, bukan anak-anaknya ok... Bapak-bapak harus faham gelora itu. Itu naluri semulajadi ye, bukan dibuat-buat.

Pukul 10.30 pagi, kami dah terpacak di sana... Rupa-rupanya ada Pasar Payang Baru. Punyalah ramai orang... Antara produk-produk yang banyak di sini semestinya kain batik, keropok, makanan tradisional spt dodol, barang-barang perkahwinan spt tepak sirih dan macam-macam lagi...

Pasar Payang
Nak naik beca tapi kesian pada pemandunya nanti....

Rambang mata bila masuk sini

Batik yang mempesonakan dan aku dah terbeli satu tp kain jenis crepe (terbelilah sangat)

Makanan tradisional
Barang tembaga

Pasar Payang baru



Sebab utama terjadinya jalan-jalan cari pasal ke Terengganu ni adalah urusan kerja hubby...  Hari Sabtu lepas ada acara 4x4 Rainforest Challenge Terengganu. Jadi team hubby buat promo handphone Sonim di sana bagi memperkenalkan kepada para aktivis yg berminat dalam aktiviti lasak cenggini...

Alhamdulillah, handphone tersebut memang mendapat sambutan yang hangat dan banyak yang terjual sampai tak cukup stok....




Muka orang sakit kepala introduce handphone kat customer hehe.... Macammano tu?

Ini antara demo


Meskipun panas tp ramai orang kat sana

 
Lepas saja bersiar-siar di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu yg penuh sejarah itu..... Pukul 4 ptg, kami pun balik hotel dan bersedia untuk berendam.






Malam harinya, aku tak kuar sebab hero dah pengsan. Tengok tv je lah sampai terlelap.



1 comment:

  1. bestnya ~ tak pernah pergi sana :(
    parents asek sebok ja

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...