08 December 2011

Jalan-Jalan Terengganu Part 3

Ok... sambungan dari Part 2.



Esoknya, pagi-pagi dah sarapan kat hotel je... Boleh tahanlah makan di sana. Banyak pilihan. Pastu hubby gi kerja dan aku mulalah citer-citer riuh sekampung dgn wife kawan hubby (Kak Ti) sampai check out sambil makan mangga, makan kepek kentang dan minum soya... hehe.... Padahal kami dah boring tahap gaban terperap dalam bilik.


Lepas check out, kami bergerak menuju Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT) untuk bayar saman parking. Nasib baik kena 10 hengget jek.. Selamat fulus kami ahaks.... Pastu kami jalan-jalan cari pasal ke Taman Tamadun Islam (TTI) dan Masjid Kristal yang tersergam indah tepi sungai Terengganu. Cantik sangat....



Sampai di sana, apa lagi mestilah nak naik TTI River Cruise...

Tambang RM 10 bg dewasa, kanak-kanak  bawah 4 tahun adalah percuma ok, so kami kena bayar RM 20 je....Ngeh ngeh... Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam.....

Aku, Baby, si abang, Abg Jamal dan isrtei, Kak Kasma...









Felda Residence Hotel...

Seriusnya anak ibu...

Masjid Kristal... Cantik kan...


Dan kami bergerak terus ke Cherating sebab hari dah lewat dan hujan mula turun. So, tak dapat tengok replika masjid dari negara lain :(

Semasa perjalanan kami ke Cherating kami singgah di sebuah kedai keropok lekor 008 Kelulut, Marang yang sangat sedap dan aku telah menapau bawa balik dgn banyak sekali sampai hubby geleng-geleng kepala... Memang sedap giler.. Sapo nak, sila datang rumah aku... Nanti aku bagi siap goreng lagik haha...



Begitulah sedikit cerita yg boleh aku share sbb aku tak banyak masa nak cerita. Ini pun aku curi masa bekerja untuk pembaca-pembaca blog kesayangan aku. Next cerita bersambung dalam Jalan-Jalan Cherating pula.... Bye.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...