20 December 2011

Jom kitar semula.... Selamatkan bumi kita...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....


Meskipun aku tinggal Putrajaya yang serba indah indah dan moden ini tapi aku sedar yang aku salah seorang penyumbang sampah sarap yang bisa mencemarkan alam semulajadi. Jadi, aku ingin salah seorang penyelamat alam sekitar supaya bumi kita selamat demi masa depan generasi akan datang. Oleh itu, aku mulalah menjadi pengumpul botol plastik yg tegar di ofis aku walaupun surat khabar dikumpul oleh orang lain :) tapi takpelah... Yang penting kita kena selamatkan bumi kita yang indah ini.


Ok... Sabtu lepas aku pun menyumbangkan barang2 seperti botol-botol plastik, minyak masak terpakai dan tin-tin kosong untuk dijual di Pusat Kitar Semula Presint 9, Putrajaya. Walaupun tak banyak tapi setelah melihat ruang rumah aku tu semakin semak, terpaksa juga aku angkut muatan yg tak berat tu untuk dijual....


Datanglah beramai-ramai, jangan datang sorang2 ye...

Inilah hasil tangkapan. Penuh bonet keta aku...

Rating untuk barangan terbuang, rasanya tin aluminium, surat khabar dan minyak masak terpakai adalah yg paling berbaloi-baloi...
Ini adalah acara menimbang....

Biarpun murah tapi aku tau aku adalah penyelamat alam sekitar... Korang ada buat tak?


2 comments:

  1. Bestnye, kat tempat sy xde pusat kitar semula. Sy buang kat tong sampah yg kitar semula tu jerk.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...